Minggu ni minggu penyusuan susu ibu sedunia tau!
Saya nak ingatkan, sebelum bersalin, wajib tahu, faham dan dalami ilmu penyusuan. Ianya susah tapi membahagiakan. 🥰🤱
Kepada ibu-ibu birth club Ogos 2022, meh saya nak kongsikan tentang saya sebagai ibu baru nak masuk 4 bulan dalam penyusuan susu ibu.
Saya memang berniat nak susukan anak dengan susu sendiri. Sebelum nikah lagi dah niat.
Syukur, Allah izinkan. 🤲🌻
Sebelum bersalin, saya ingat saya dah bersedia untuk menyusukan anak. Ahhhh... rupanya, tidak. Masa menyusukan anak pada waktu malam di wad, anak menangis sampai jam 5 pagi OK! Sebab apa? Sebab lekapan mulut anak tak betul di aerola. Saya tahu tapi tak tau bila dalam tindakan. Panik sebab anak menangis, fikir ganggu ibu-ibu lain tidur. Phew...
Syukur nurse dan jiran-jiran katil di wad bantu saya.
Discaj.
Sampai rumah, pulak! Adik ipar kata pada suami kena beli susu formula takut susu tak cukup. Suami bagitau saya. Saya tertekan sebab dengar "susu formula" 😅 Hampir bergaduh kami masa tu. Saya baru lepas bersalin ni dah la payudara bengkak. Ada je trigger nak saya sesak kepala. Bincang, bincang, bincang dengan suami, akhirnya suami hubungi kakak ipar saya yg susukan anak sepenuhnya. Syukur, kakak ipar bagi nasihat, tunjuk ajar cara urut, cara keluarkan susu dengan betul, dll.
Pemeriksaan post natal di KK.
Nurse cek payudara saya, bengkak. Dia urut je sudah keluar susu. Susu banyak katanya. Tapi saya tak rasa sakit sangat. Nurse nasihatkan saya kerapkan susu anak sejam sekali sebab payudara penuh susu. Nurse minta saya susukan anak depan dia nak tengok betul tak cara saya susukan anak. Lulus. 😁 Dan nurse ajar cara pegang payudara buat C untuk kawal aliran susu. Sampai tertidur anak, nurse suruh sambung lagi susu dalam kereta.
Syukur nurse sudi ajar penyusuan.
Selepas tu, saya cari ilmu tentang penyusuan di internet dan buku juga di TAPS ni. Ada yg komen di TAPS ni untuk mengikuti media sosial konsultan laktasi. Saya pun ikuti. Sungguh, ilmu penyusuan ni luas. Baru tahu foremilk, hindmilk, marmet, EBM, df dan lain-lain istilah dan shortform.
Saya masih belajar dlm penyusuan susu ibu dan masih menyusui anak sendiri. Saya sentiasa mohon Allah kurniakan susu yg mencukupi buat anak saya. Mudahan dia membesar dgn sihat dan 'afiyah. Semuanya dgn izin dan kebaikan Allah.
Sebab penyusuan ibu ni disebut dalam Al Quran, kita jadikanlah ia sebagai ibadah kerana Allah. 🥰
Selamat Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 🤱🥰💐
Nuur I M H