20 Các câu trả lời
mkn ubat yg kk bagi dulu tu. kalau tak sesuai, minta advise dr nurse/doktor. sy dulu mkn zincofer. sarapan pagi, tunggu lepas 2 jam then mkn zincofer. cara pemakanan sy biasa je. kdg mkn sayur2an , buah dgn ayam. elakkan mkn manis dan kafein. minum susu, mula2 je minum susu khas untuk ibu pregnant. da masuk trimester 3, minum susu biasa je. hb ok, bacaan 13 keatas. mostly mommies tak biasa makan zincofer. kalau sy, telan je. yg penting hb ok. pening2 lalat sy tak layan sgt. berkorban untuk 9 bulan je. lepas bersalin, sy sambung mkn zincofer. cek up kat kk, hb naik jadi 14 keatas. then sy stop dahh
Kalau saya,hb cantik dari awal,sis try makan delima sis, saya hb cantik buah delima,oren x pernah miss hb sya 13 je smapai la bersalin. Saya mula makan 4 serangkai jugak tapi lps tu tukar maltofer, maltofer amik sebiji sehari je, tapi kalai boleh dapatkan nasihat doc sblum makan, stgh org makan 2 biji, try tnya doc. Saya sepanjang prgnant x minum sebarang caffien, mcm milo, kopi apa semua tu, stop, just air masak or jus je, kalau mual teruk sngt bncuh oren sunquick tu je. hehe, try la sis
saya masa buka buku je hb rendah ... nurse tk bgi minum milo dgn kopi 🤣 jadi puasa milo dgn kopi la n coklat pon tk usik ..nurse sruh minum Horlick, saya minum bancuh kosong tak campur susu pekat... pastu sama la kita makan oren , anggur , bayam , daging dll ... kk provide zincofer, saya cirit birit pulak makan ubat tu ... ambik maltofer makan 3 kali .. pagi tghari n malam ... pegi check up alhamdulillah hb naik 12 ... minta2 bulan depan pon tk turun la 😅
milo ada kafien dear. if ada makan berasaskan kafien pon kena ada gap dgn pengambilan ubat iron.
Saya dari awal pregnancy mmg ambik maltofer terus, sebab sejenis yg susah nak telan ubat. Kunyah je maltofer. Ambik dua biji terus, makan waktu awal pagi. Jarak dua jam before bfast, seelok nya waktu awal pagi. Itu yg nurse sy nasihatkan la. Saya bangun jam 5.30am terus makan ubat, sbb normally after 8am baru sy bfast. So far, hb cantik je. Sis boleh la cuba. Ikhtiar juga minum air rebusan red dates ☺️
Saya makan ubat 3 serangkai yg kk bagi tu awal2 pregnancy. Pernah sekali hb drop, nurse suruh makan iron tablet tu 2 biji. Lepastu terus naik balik hb. Saya makan 3 serangkai tu sebelum tidur sbb tak tahan bau ubat. Dah second trimester baru la nurse bagi tukar makan iberet. So far hb maintain 12 keatas. Sis better refer nurse/doc dulu tau, kalau tak sesuai dorang akan bg option lain.
iberet pun saya makan sebelum tidur. Takde specific masa pun awak sbb kadang2 makan malam saya ada terlewat 😂 cumanya kena gap 2 jam selepas makan. tu yg nurse pesan kat saya. Saya telan dgn air kosong je.
farmasi kk tk bagithu ke cara mkn mcm mana? tk silap saya ade 1 ubat tu kena mkn ubat before mkn berat. sbb seingat saya, farmasi kk ckp la. ubat yg masuk dulu akan hadam dulu lps tu bru mkn berat. klu mkn berat dulu, baru mkn ubat nnti hb low. saya tk ingt la ubat ape. sbb klu mkn berat dulu bru mkn ubat nnti ubat tu lmbt nk hadam mcm tu la dia ckp hahaha
sy kn sis start dari bukak buku pink hb mmg xcntik kdg 9 je tau..lpstu sy trus xmnum air gas, kopi, teh ..sy mnum holicks, air kelapa lepastu sy mnum pati delima gulsan dan buah oren tiap2 hari🤣..ubt kk sy mkn zincofer je..tibe2 cek hb sy naik 11.1..sjak dritu sy amalkan buah oren shri 8bji..pelbagai jenis buah sy mkn..
Samalah sy pon cuma mkn zincofer yg kk bg je, hb maintain 11.2 dr first check up smpai skrang 21 week. Buah oren memang x tinggal at least sebiji sehari. Utk susu sy minum HL sbb susu tu je yg ok, minum anmum susah nk membuang.
Sy pun mcm tu, hb maintain 10.6 berminggu2, lepas drip iron pun masih xnaik, mkn semua jaga.tapi mcm tu jgk... result darah sy semua ok..bila hujung2 prgnt, sy mkn iberet 2x, lepastu mkn buah strawberry/oren + minum gulsan pati delima.. baru hb sy naik..cuba awk try….
saya time buka buku je hb 11, lepastu mmg drop dah . skrg dah 35weeks hb 9.7 jee . doc bg iberet , mkn pun tak jadi apa dah . tetap hb tak naik , kalau naik pun kejap dia turun pulak , redha jelaa dah nak dekat due date dah 🥹🥹
sekarang yang kk provide utk awak ubat apa yea? ada minum susu tak? kalau ada gap ubat dgn minumsusu berapa lama? ada makan or minum yg mengandungi kafien tak? mcm tea, milo, kopi, nescafe, coca cola. jarak dgn ubat berapa lama?
cuba makan 4 serangkai awak sebelom tido dgn air oren sunquick / limau nipis tanpa gula. atleast gap dgn pemakanan dn minuman awak lama. dn time awak nk tido tu awak dh xmkn pape
Anonymous