opk
Macamana cara guna opk yg betul mommy2...blh tunjuk ajarkh.. Berapa kali mau test dlm masa sehari..dan jam brpa masa yg sesuai...ada pantang apa2kh sebelum guna...
CARA MENGGUNAKANNYA OPK Celupkan strip dlm urine selama 5- 10 saat. Kemudian tunggu dlm 3-8 min atau sehingga jalur merah kelihatan pada 'test line' dan 'control line' Bila waktu sesuai utk ujian kesuburan 1) Pertama sekali, anda perlu tentukan kitaran haid ( cycle period ). Kitaran haid dikira dari hari pertama haid bulan lepas sehingga haid yg akan datang. 2) Sila rujuk carta di bawah bagi menentukan bilakah hari yang sesuai untuk gunakan OPK. Tempoh kitaran haid (cycle period) / Mula gunakan strip pada (Hari ke ?) 21 hari/Hari ke 6 22 hari/Hari ke 6 23 hari/Hari ke 7 24 hari/Hari ke 7 25 hari/Hari ke 8 26 hari/Hari ke 9 27 hari/Hari ke 10 28 hari/Hari ke 11 29 hari/Hari ke 12 30 hari/Hari ke 13 3) Cthnya, jika cycle anda 28 hari, bagi yang merancang untuk hamil, anda boleh start test pada hari ke 11 selepas 1st period. jika test result positif (double line sama terang), bermakna anda dlm keadaan subur dan anda bolehlah bersama dengan pasangan anda. 4) Bagi yang ingin mengawal kehamilan secara semulajadi, anda dilarang bersama dengan pasangan jika result positif kerana pada waktu itu anda dalam waktu subur. 5) Bagi mereka yang tidak tahu / lupa bilangan kitaran haid atau kitaran haid yang tidak menentu, anda boleh start test pada hari ke 11 selepas 1st period atau boleh start test opk seawal selepas bersih dari period. Teruskan test sehingga OPK menjadi positif. 6) Waktu yang sesuai digunakan adalah dari 10 pagi hingga 8 pm..pada pukul 2pm -2.30 pm adalh waktu terbaik utk test OPK kerana hormon LH sgt tinggi pada waktu itu..Jangan gunakan sample urine pada awal pagi. ( contra dgn UPT yg perlu test diawal pg) - Disarankan utk test sebelum LUNCH time sebb masa tu kita kurang minum air. 7) Teruskan test OPK sehingga jumpa positive result ( double line sama terang) SILA KURANGKAN PENGAMBILAN AIR SELAMA 2 JAM SEBELUM TEST.
Đọc thêm
Strong Mama