Macam mana ya nak jadi orang paling penyabar. Saya semenjak beranak allahu terlalu stress. Tak terurus kehidupan saya dah. Mana nk urus anak, rumah, suami lagi😔 saya penat dengan suami saya, asyik lepaskan tekak dia je, mudahkan dia je. Dia je nk rileks. Dia je penat. Yela dia bekerja, saya suri rumah je.. tapi suri rumah lagi penat dari bekerja. Dia betul betul tk terfikir nak bagi saya rehat. Taknak me time pergi spa apa pun, cuma nak berehat 2 jam tanpa gangguan.
Seminggu ni anak asyik nak dengan saya je. Saya faham la. Sebab dia bf, baby fully bf mmg extra manja dengan mak nya kan. Senang cerita ngempeng jela. Asal nak tidur je kena menangis, setakat ngempeng kadang kadang tak jalan utk dia tidur. Kena berdiri dodoi dodoikan. Mmg seminggu ni dia nak tidur je nangis, mmg susah tidur maybe sebab baru baik demam. Tapi suami saya langsung tk faham saya.. saya penat lah. Dia balik makan, main phone isap rokok, main dengan anak 10 minit. Anak nangis je terus bagi kt saya. Kkdg saya dah terlampau penat, yela dari pagi anak nak melekat je dengan saya. Mana tekejar kejar nak masak, nak kemas rumah, sidai baju, kkdg saya buat kerja rumah pakai carrier dia. Saya buat je kerja rumah sambil dukung dia dalam carrier. Menyapu ke memasak ke, dukung je asalkan dia tk nangis. Sbb nangis mcm kena pukul sangag sangat. Anak nangis bukan sentiasa nak menyusu, kkdg nak dukung, nak dodoi. Tapi suami saya terus bagi kt saya bukan dia nak try dodoi dulu. Saya penat sangat, smpai kkdg nak terpukul anak. Klau x boleh nk tlg jaga anak at least tolong la settelkan kerja rumah. Tk byk pun at least dpt la ringankn beban saya.. ni tak, balik kerja makan main phone hisap rokok. Klau dia tlg lap meja mkn lepas dia mkn pun jadi lah. Makan dah la berterabur, dia macam mana eh nak ckp seolah olah macam semua nya dia tunggu sayaa yang buat. Padahal benda simple, dah makan lap. Saya ni makan pun rushing rushing. Buat air milo pun tk sempat minum. Dah la dia tak bagi saya nafkah apa apa. Dia bagi 50 ckp terima kasih pun saya dah terima kasih sangat sangat. 10 ringgit pun tkpa, asalkan dia ckp terima kasih tlg jaga anak jaga rumah. Ni dah lahtk bagi apa apa, macam raja pulak perangai nya.. dah tahu tk mampu bagi dari segi kewangan, ringankan la beban beban yang ada. Ty