Maaf soalan pelik sikit
Masa check up terakhir dekat kk saya ada tanya nurse tentang malam tu lepas basuh private part, saya rasa macam ada benda terkeluar dari faraj, sikit je macam saiz separuh kuku. Nurse minta gambar dan nurse kata tu laluan untuk baby keluar tapi InshaAllah takde apa sebab warna tak merah dan sikit je. Tapi nurse pesan untuk alert sekiranya makin banyak atau merah sebab takut baby meluncur keluar.
Setakat ni takde sakit atau apaapa, cuma bula nak membuang tu rasa macam dia nak terkeluar sekali atau rasa berat bahagian situ. Risau pula terkeluar jadi saya tampung pakai tangan kepit bahagian tu tapi lepastu mesti akan jadi sakit ariari yang teruk juga lah, rasa mencucuk sangat setiap kali bergerak walaupun cuma alih posisi kaki
Soalan saya, boleh bersalin normal ke kalau macam ni? Ada ibuibu yang ada pengalaman macam ni? Nak buat apa untuk kurangkan dia dari terkeluar ya? Dia akan naik balik ke tempat asal tak ye? Sekarang saya dah 35w, haritu nurse sarankan banyakkan bersama untuk bukaan tapi nak bersama suami tu rasa sakit jadi langsung stop and taknak. Saya tanya sini dulu sebab appointment kk khamis nanti. Tq