bengkung + pantang sendiri
lepas bersalin ibu ii semua pakai bengkung tak?? bertungku tak? haha, saya nak berpantang sendiri so nak prepare, share barang ii yg kena ada. semoga saya dan suami dimewahkan rezeki dlm bentuk kewangan aamiin.

Saya czer, tak selesa pakai bengkung dan bertungku 3 kali je masa sesi berurut. Rahim sy cepat kecut dlm tempoh 10 hari bersalin, salah 1 sbb ialah penyusuan susu ibu secara direct breastfeeding. Jd tukang urut pun kata tiada keperluan bertungku dan tak pakai bengkung pun takpe, pinggang dah terbentuk dlm tempoh 10 hari bersalin. Saya mula sesi berurut selepas 2 minggu bersalin. Masa cek 1 bulan postnatal pun doktor kata rahim kecut sepenuhnya. Cuma nak kuatkan otot pelvis, saya buat senaman kegel dan buat slow walk ke brisk walk. Minum air kosong secukupnya. Makan makanan lengkap nutrien, elakkan makanan bergula dan tinggi karbohidrat sbb karbohidrat menghasilkan gula dlm darah. Bakteria suka gula. So, bakteria tak ganggu sangat proses penyembuhan luka bersalin tu.
Đọc thêm