2 Các câu trả lời

VIP Member

Anak saya 9 hari warded nhdu sebab muntah susu. Doc bagitahu, muntah tu at least separuh dari susu yg baby minum. Memang banyak gila. Kurang dari tu mungkin jeluak/muak. Kalau kerap muntah kena bawa jumpa doktor. Pakar bedah ada pesan dekat saya, setiap baby ni lain lain. So lepas sendawa saya akan bagi dia stay position upright dekat bahu 10-15min. Kalau nak buat sampai 30min pun takde masalah. Bila baringkan baby boleh mengiringkan badan dia sikit supaya tak tersedak muntah tu. Mcm anak saya mmg tak reti stop bila menyusu. Susu pula terlalu banyak. Jadi saya yg stop kan dia and sendawa. Kalau dia nak susu lagi saya sambung bf. Lepastu sendawakan lagi. Kalau saya bf straight 10-15 min mmg confirm muntah. Kalau menyusu badan mmg normal baby berak cair. Cirit tu bila 100% air sahaja, dan mengalir sampai ke belakang. Kalau ada nampak mcm biji kecik kecik tu means bukan cirit. Tak perlu risau

TapFluencer

Kena beza muntah dgn muak susu. Jika muak susu , normal. muntah tu kena refer doktor. berak cair utk bf ok. Asalkan tak dehidrasi, berat naik.

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan