46 Các câu trả lời

Sis, keadaan mulut bayi berbuih adalah masalah yang selalu jadi dekat kebanyakan baby. Bukan anak sis sorang je.. anak sy pun sama sebab kadang-kadang baju dia pn kena tukaq baru. bau masham.. hihi... sy ada tanya doktor tempoh hari pasal ni.. dia cakap Dalam perkembangan kanak-kanak, ‘oral sensory seeking behaviour’ ini merupakan tabiat yang dapat dilihat pada usia anak di bawah 1 tahun. Disebabkan itu, anak sering memasukkan barang ke dalam mulutnya dengan mengunyah, menggigit, atau mengangakan mulut hingga melelehkan air liur.

Air liur bayi berbuih tu macam kebanyakan selalu terjadi kan sis.. Tapi sebenarnya ia membantu melekatkan makanan semasa makan agar anak dapat menelan dengan mudah. Bukan tu je.. Ia menghasilkan enzim yang membantu membersihkan mulut serta mencernakan makanan yang kita makan. Bila air liur berbuih tu normal sangat bagi anak kecil bawah 4 tahun. Dulu-dulu adalah yang cakap sebab masa mengidam xdpt merasa makanan. Tapi sbrnya xbetul pn

Air liur bayi berbuih tu macam kebanyakan selalu terjadi kan sis.. Tapi sebenarnya ia membantu melekatkan makanan semasa makan agar anak dapat menelan dengan mudah. Bukan tu je.. Ia menghasilkan enzim yang membantu membersihkan mulut serta mencernakan makanan yang kita makan. Bila air liur berbuih tu normal sangat bagi anak kecil bawah 4 tahun. Dulu-dulu adalah yang cakap sebab masa mengidam xdpt merasa makanan. Tapi sbrnya xbetul pn

Mulut bayi berbuih bukan sebab sakit perut atau ibu yang mengidam tak dapat makan.. Tapi sebenarnya sebab nak jaga kesihatan usus. Saya ada lah baca kat gugel.. doktor luar negara ada bagi penjelasan bahawa pengeluaran air liur amat penting kerana ia mengandungi bahan yang boleh membantu dinding usus menjadi matang. Saya dulu mengidam juga.. baby saya pun adalah berair mulut dia mcm ni. tp sekejap je, skrg dah Okay sudahh

Semua baby macam tu sis. Masa takde anak lagi mmg fikir mcm tu jugak, tapi bila kaji balik, semua baby macam tu. Dia nak tumbuh gigi, tu yang macam tu. Dia nak meneroka everything yang ada kat dia. Mcm hisap ibu jari kaki la jugak. Bukan nak adik tau tapi otak dia tgh berkembang, semua dia nak teroka. Pasal orang tua tu, biar jelah. Iye kan aje. Lagipun, anak tu taktau apa lagi pasal adik or something. 😇

Bukan sebab sakit perut sis.. Baby memang macam tu kebanyakannya. Tapi mulut bayi saya berbuih pulak lain sikit... pengeluaran air liur dia sangat sangat banyak.. berlebihan sehingga menyebabkan ruam serta kegatalan pada kulit, terutamanya di kawasan berhampiran dengan mulut. Kadang-kadang pengumpulan air liur ni boleh membuat bayi tersedak ketika berbaring. :( Saya risau and selalu dapatkan nasihat doktor

Kenapa air liur baby berbuih? Hmm Selagi bayi menunjukkan perkembangan yang normal secara menyeluruh dari segi fizikal dan mental, air liur meleleh bukanlah suatu isu yang perlu awak risaukan. Lagipun dia okay jeee. tapi benda ni akan jadi masa dia umur bawah 6 bulan lah. kalau teruk sangat better rujuk orang yang lebih arif. Saya dulu mengidam tak dapat makan apa saya nak.. baby sy ok je alhamdulillah..

Kebanyakan bayi memang akan keluar air liur berbuih macam ni awak. Perkara biasa je. Bukan masalah besar pun... Takde langsung kaitan dengan perut . Kalau tanya mak atau nenek memang akan dapat jawapan sebab ibu mengidam. Tapi sebenarnya tak pun aih.. Mungkin air liur berlebihan terhasil sebagai tindak balas terhadap sesetengah makanan mahupun ubat-ubatan tertentu. Apa pun sihat elok baby sis!

Normal lah bayi keluar air liur berbuih.. Setahu saya tak pernah pulak disebabkan oleh sakit perut. Kalu ada something wrong dengan perut baby, konfem dia dah tak boleh duduk diam. Mesti asyik nak menangis, menjerit je.. Saya pon ada jugak dengar orang tua cakap sebab masa pregnant tak dapat makan apa yang mengidam.. Tapi entah xdak kajian lagi kot buat psl ni

Sis. Sama dengan anak saya ler. Mulut bayi berbuih sampai kadang-kadang basah lencun bahu dia n kain tudung saya :D tapi selalu je bawak bersama sapu tangan buat lap air liur yang keluar tu. Btw saya pun percaya ni sebab masa mengidam macam-macam pastu tak sempat nak merasa. Anak 3 orang semua jadi macam ni. Its normal. lama-lama dia tak da dahhh

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan