Kandungan 15 minggu
Kenapa rasa macam takde apa2 eh? Faham tak? Tak rasa apa-apa. Taknak overthinking pepelik tp dah ter overthinking macam2 dah. Esok checkup jumpa nurse. Tapi tk scan pun. Boleh ke request utk nk scan tgk baby sbb rasa risau 2 minggu dah tak rasa apa2. Tarikh next scan spatutnya 1/12. Esok just jumpa nurse. Normal ke ibu ada perasaan tak rasa apa2 mcm ni? Rasa kosong, rasa tak mengandung 😭 Sblm ni ada je perasaan mengandung tu. Minggu lepas start rasa kosong..
hehe jangan fikir bukan2, risau2 ni tak elok tau bila dah jd ibu tu.. btw setahu saya request saja2 ni kalau kat kk takleh, kecuali la klinik tu kita sorang je patient yg ada.. pergi swasta la, saya tiap minggu scan anak🤣 sanggup menabung tak beli itu ini
Normal. Sebab kecik lagi belum rasa gerak baby. Kalau sis risau, boleh je gi scan. Tapi bukan kat kk. Gi klinik luar. Saya masa pregnant pun 2 minggu sekali mesti scan masa awal pregnant. Dah sarat lagi la tiap minggu scan 😌
Ya sye faham sebab sye pun pernah rasa macamtu, macam tak mengandung. Risau. Dahla memang sye mengandung takde alahan langsung. Tapi tu normal sis,sye pun dulu rasanya kalau boleh tiap tiap minggu nak scan, sebab rindu kat bby.
Biasa la tu perasaan first mommy. Sy dah lalui fasa tu 😂. Now 20weeks pn kdg lupa tgh pregnant haha. Tp kalau risau boleh je pegi scan. Sy scan first time utk confirmkan pregnant masa 8w. Second time scan 18w.
Awak berapa weeks dah? Baru 1st trimester ke? Kalau nak tengok scan, pergi private je. Boleh try sonobee. Tak mahal sangat. Nk tunggu kk, bukan setiap kali appointment tu akan scan.
kalu sy 2nd trimester hilang dh penat cam 1st trimester,cuma sakit2 badan start 17weeks..awk pi je scan kt swasta nk sedap hati,ckp nk bt growth scan..sonobee murah je
saya dh 25weeks dari awal smpai la skrg takda rasa apa2 langsung hahaha rasa mcm org biasa . tp check baby sihat je hehe . no worries sis , jgn fikr sangat bnda2 buruk
Assalamualaikum nk tnya saya ada keputihan doktor bgi ubt pil yg masukkan dpt bawah tu klw dh masukkan LPS tu rsa nk terkencing tu blh kncing x lps masukkan ubt tu
sabar ye dik, nant dah masuk 17week keatas, inshaAllah akan rasa baby gerak slow2. rasa x yakin g swasta scan. inshaAllah x de apa2 tu normal. 🤗
Sama lah macam saya. Banyak overthinking. Dah la perut xberubah dari 15 week. tapi skrg baru week 18. 😂 dia punya overthinking tu xleh blah