Tag warna buku mengandung anda

📙KENALI TAG WARNA BUKU MENGANDUNG ANDA📙 🤍 Putih: Tiada Risiko. Boleh bersalin di mana-mana hospital. Termasuk hospital daerah. Follow-up boleh dilakukan oleh jururawat 💚 Hijau: Perlu berjumpa doktor di KK dan follow-up jururawat di bawah pengawasan doktor 🤰🏻 Contoh kes: Primid, berat 80 kg, 3rd degree tear, vacuum, LSCS, asthma dan lain-lain 💛 Kuning: Memerlukan pemantauan doktor pakar FMS/O&G 🤰🏻 Contoh kes: Diabetes dengan insulin, darah tinggi remaja, ibu tanpa nikah dan lain-lain ❤️ Merah: Ibu hamil berisiko tinggi. Rujukan segera hospital, atau follow-up pakar sakit jantung 🤰🏻 Contoh kes: kontraksi pramatang, eklampsia, ibu hamil yang menghidap sakit jantung atau anemia dan lain-lain ☝🏼 Sekiranya tag warna Hijau, Kuning, atau Merah perlu bersalin di hospital besar

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

hijau