Kecewa dengan layanan nurse dan doc dekat KK.
Anak sulung umur 1tahun3bulan sekarang mengandung nak masuk 9minggu. Check dekat KK kena masuk dekat 3bilik untuk buka buku pink. Setiap bilik yg kena masuk tu semua bising anak jarak dekat siap gelak sinis tau. Rasa macam tgh buat salah paling besar. Paling tak boleh lupa doc tu ckp “Ada buat perlumbaan ke nak mengandung ni smpai terkejar² nk anak lagi?”, “tak kesian ke dekat anak tu nnti sape nak jaga?” Hati ni rasa mcm nak jawab je!! Tapi sebab kan dah kena dkat setiap bilik yg masuk tadi terus takda mood nak menjawab. Rela diamkan diri. Lepastu doc ajak scan, tgh scan baby tak nampak tapi kantung ada. Terus dia bagi tarikh lain untuk dtg scan lagi sekali tapi tak bgitau pkul bape kena dtg. Bila tnya doc terus jawab “dtg pagi lah, senang nnti kalau tak nmpak ke apa terus pegi hospital je haritu” tak jaga hati betul. Dah lah scan ala kadar jee. Dia roll kan scan tu kat perut ada lah dlm dua gerak je, terus kata haa baby tak nmpak pun, dtg next appmnt lah.. mcm tu je hmm
Ikut kan pregnant sebelum ni bersalin normal, takda sejarah yg teruk semasa mengandung pun tapi bila kena layan mcm ni rasa teruk sgt ke atau salah besar ke mengandung anak jarak dekat ni???
Betul ke 9minggu masih tak boleh nmpak baby? Tapi doc just bagitau kantung ada je. Ke perlu check dkat klinik swasta? Risau nii. #pleasehelp