Suami lebih gembira dengan keluarganya dari isteri dan anak, adakah kami bukan keluarga dia?

Kami tidak pernah bercuti bersama, jika saya ajak banyak alasan, banyak kerja, busy, tiba tiba family ajak makan terus free, hari yang sama terus bergegas ke rumah family. Dia kata kesian dah masak, orang ajak kena pergi. Holiday ke sana sini bila family (family belah suami) ajak suami sangat excited and happy tak sabar nak pergi bercuti dgn family dia. Bila isteri sendiri ajak tak pernah rasa nak bercuti atau makan luar dengan isteri dan anak sendiri. Adakah kami ni bukan keluarga dia? Adik beradik suami semua dah dewasa, anak anak dah besar. Bila mereka bercuti dengan family mereka sendiri takde pun nak ajak kami setiap masa. Ada masa mereka bercuti sesama keluarga sendiri takde nak ajak keluarga besar setiap kali bercuti. Ada juga masa untuk mereka sendiri. Suami tidak dapat move on dari family dia walaupun dah anak dua. Nak anak ramai tapi tak pernah endah perasaan isteri. Semua hal bercerita dgn family dan saya end up tidak tau apa apa, tidak pernah bercerita dgn saya. Selalu bercakap belakang saya. Tidak membenarkan saya menyuarakan pendapat. Saya tidak tahu kenapa saya dipandang rendah. Adakah sebab saya selalu mengalah sbb kami muda lagi. (Suami anak bongsu, beza umur 10+ tahun). Bila ada dgn family banyak bercakap, dekat rumah diam macam duduk dengan housemate. Bagi suami, saya selalu salah dan tidak matang, sbb kakak kakaknya lagi matang. Kakak kakak dia cantik, saya nampak tua dia kata. Bukan sekali, tapi banyak kali. Selalu puji betapa hebatnya keluarga dia, celebrate birthday dan perayaan dengan family, birthday saya tak pernah celebrate, tak pernah wish, selalu bergaduh dan tidak pernah appreciate semua birthday surprises saya buat untuk dia. Sampai satu tahap saya stop celebrate apa apa termasuk birthday wish. Saya penat. Mentally exhausted. Harapan saya selepas berkahwin, dapatlah celebrate dan ambik photo untuk kenangan sendiri. Saya jenis suka ambil gambar simpan dalam album macam orang lama lama. (Bukan di social media) Suami agak kedekut untuk berbelanja untuk isteri, bagi dia birthday dan anniversaries ataupun hadiah / surprises adalah satu pembaziran. Dia kata kakak dia pun tak celebrate. Tapi saya tau husband kakak dia selalu celebrate at least buat card atau bagi hadiah tapi tidak lah semua diceritakan kedapa suami saya. Fridge mereka penuh dgn momento dan wish cards even dah kahwin lama. Jadi dia anggap kakak dia tak celebrate, dia kata jika kakaknya tidak celebrate kenapa dia kena celebrate birthday isteri dia? Even birthday anak sendiri kena celebrate dgn family dia, dia kata tak fun celebrate dgn saya dan anak sahaja. Adakah dia lupa saya pun ada family saya juga? Tidak pernah terfikir, terlupa atau memang tidak kisah? Family suami semua sporting dan ceria ceria. Suami isteri selalu bergelak ketawa. Tapi suami saya anggap saya ni satu bebanan. Tidak pernah puji atau cakap terima kasih. Semua yang saya pakai tak kena di mata suami. Apa yang saya buat semua tak kena. Sampai satu tahap saya diam dan tidak bercakap, dah bertahun saya tak ajak suami pergi mana mana, saya ingat dia akan ada usaha sedikit, at least ajak atau bertanya. Saya pernah menangis ingin ke aquaria, tak jalan, dia buat tak kisah. Saya penat. Bagi dia dah holiday dgn family dia dah cukup. Ada masa dgn family dia cukup. Jumpa family dah cukup happy. Kenapa kahwin kalau lagi suka spend time dgn family dari buat saya macam bukan family. Saya jenis tak kisah tapi sampai ada satu tahap saya penat. Sya ikut dia nak ke rumah family, holiday dgn family, makan dgn family. Saya tak kisah kalau suami jadi “housemate” sekali pun. Saya pernah bertanya kenapa tak pernah anggap saya macam family, kenapa family dia lebih penting. Terus dia kata, dia dgn family dia dah hidup lama, dia kahwin dgn saya sekejap je, and dia ada mention kalau tak happy kita berpisah sahaja lah jika itu jalan yang terbaik and never question about his family again. Dia kata pantang orang berkata kata pasal family dia. Walhal saya hanya bertanya tapi dia terus rasa marah, serious saya tak faham. Senangnya dia cakap kan? #pleasehelp #Needadvice #relationship

1 Các câu trả lời

financial suami stabil x? selalu kalau jadi issue ni, mybe financial dia x berapa cantik, mksd nya bila byr semua commitment, balance tgl cukup2 je utk sampai next gaji. tu kdg2 sbb husband x bwk pg holiday. sbb holiday ni perlu byk expenses. nak byr hotel lgi, mkn lgi, minyak, tol. kalau pg dgn fmly ni la, selalu nya semua kongsi atau fmly kakak abg dia byr kn.mcm sye dgn husband kalau nak pg on the spot holiday mmg mslh, melainkan kalau pegi dgn fmly die or fmly sye. sbb semua akn kongsi. kalau nak pergi berdua je, ktorg akan saving dulu, 6 bulan ke 1 tahun. sbb kalau xde saving pg holiday ni, mcm x seronok bila mkn pon kena catu, kena plih2 hrga. cube ajak suami berborak. mksd nya crik topik yg dia suka. mybe psl itik ke ikan ke hobi die ke. kalau suami senyap, xkn awk nak senyap sekali kn. masa zaman bercinta dulu kan ade borak2. buat mcm tu la. sorry to say this, tpi perempuan bila dah beranak, hormon dh byk lari. keadaan kite pon mmg akan nmpk berusia dri umur sbnr. sbb kite sibuk, sibuk uruskan anak, uruskan suami, uruskan rumah, kdg2 sampai lupa nak uruskan diri sendiri. jadi mybe awk boleh crik skincare yg sesuai utk kulit awk supaya nmpk lebih sihat, glow. xyah beli yg mhl2 pon, sye pkai kt watsons punya je, brand nivea tu. bru rm12. boleh pkai utk a few month. lps tu dri segi penampilan pulak, mybe awk boleh try mix and match ape yg ade dlm almari tu. mybe sblm ni awk match kn bju biru dgn seluar hitam. mungkin boleh tukar dgn seluar color lain ke, mcm grey ke kalau ade. tudung boleh amek color yg lain2 sikit, bju biru tudung pink ke, baju plain tudung corak2 sikit bunga2 ke. awk pon akn nmpk awk berbeza nnti, nmpk fresh look. kalau awk jenis suka mekup, boleh tgok mcm mne tutorial mekup kt utube, tukar sikit cara mekup. kalau x mekup, boleh pakai bedak dgn lipbalm ke lipstick sikit ke. ni bukan utk husband tau, tpi utk boost kan awk punya confident level, supaya jgn rasa merendah diri. bila awk rasa mcm tu, lgi suka husband tu nak merendah kan awk nnti. masa birthday/ anniversary awk nnti, cube awk mntk wishcard dri die. xyah hadiah mahal2 pon kalau financial suami x stabil. ckp je dgn husband " abg esok, birthday sye, sye nak wishcard je dri abg, xde hadiah pon xpe. yg murah2 kecik2 tu pon boleh." sometimes small action/gift, lagi berharga dri yg mahal2. kalau kate awk nak celebrate birthday awk, ckp dgn suam. cube awk mulakan pujian, mksd nya ckp la pgi2 die nak pegi kje tu die wangi handsome. bila suami buat something, contoh kata amek kn air ke tutup kn lampu ke, awk ckp terima kasih dulu dgn husband. buat jee. nnti lama2 husband akn ikut. kalau husband xde tolong tu, ckp je terima kasih sbb jdi husband awk. kalau die marah awk ckp psl fmly die, awk cube ckp mcm ni "seronok fmly abg, happy2 je. abg ipar dgn kakak gelak2 berdua. usik satu sama lain. mesti happy kakak awk kan ade suami yg mcm tu yg baik yg ceria. sbb tu abg ipar awk sentiasa murah rezeki, sbb selalu gembirakan hati isteri" ckp je mcm tu dgn husband awk. kdg2 dri situ pon die boleh mula berfikir. kalau awk rasa dh buat semua nya tpi husband still x nampak n berubah, awk fikir la jln yg terbaik utk awk. jgn bertahan sbb anak. kalau rasa tak berbaloi utk pertahan kan, awk tau ape yg awk ptot buat. awk layak utk dpt bahagia. jadi jgn buat diri awak stress, depression tau.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan