CARA MEMILIH RANCANGAN TELEVISYEN UNTUK ANAK BAWAH 3 TAHUN

Kadang-kadang kita sebagai mak ayah tak dapat nak elak "bantuan" gadget dan TV dalam membantu mengawal anak semasa menguruskan rumah. Lagi-lagi ibu suri rumah yang anak nak berkepit 24 jam, nak ke dapur dan tandas pun nak ikut. Bila bagi ikut bahaya untuk keselamatan anak, bila tak bagi ikut menangis macam kena dera. Betul tak? ? Bila baca post saya tentang "TV dan gadget memang terbukti akan meningkatkan risiko kelewatan bercakap bagi anak bawah 18 bulan", mak ayah jadi dilemma. ? Gadget vs TV? Pendapat saya, TV lebih baik dari gadget kerana: 1. Pandangan anak lebih luas dan anak masih boleh memerhatikan benda sekeliling apabila tengok tv berbanding gadget yang menyebabkan tumpuan 100% pada gadget. 2. Anak masih boleh mendengar dan menyahut dengan baik jika nama dipanggil kerana biasanya kedudukan speaker yang jauh daripada telinga anak berbanding gadget. 3. Mak ayah yang mengawal kekerapan dan apa yang dilihat oleh anak berbanding menonton youtube di gadget. 4. TV memang terletak satu tempat berbanding gadget yang boleh didapati di mana-mana. Kalau mak ayah perasan, selalunya rancangan kanak-kanak dan bayi selalunya sekejap sahaja 5-15 minit. Sebenarnya itu sahaja masa yang dibenarkan untuk anak tengok dalam satu sesi. ? Sebab tumpuan anak bawah 18 bulan sekejap sahaja, bila beri anak tengok lebih selalunya anak tak dapat apa-apa input kerana dah "overload" (terlebih) rangsangan deria visual (penglihatan) dan deria auditori (pendengaran) maka masa yang sepatutnya dia "belajar" dan explore sekeliling terbazir macam itu sahaja. Cara nak tengok anak dah "overload" adalah apabila - Anak tak menyahut dan memandang apabila namanya dipanggil. ? - Mula-mula anak excited tepuk-tepuk tangan atau berlari, tiba-tiba duduk tanpa ekspresi muka seperti berkhayal.? - Mula-mula menyanyi atau menjerit tiba-tiba senyap. ? Jika mak ayah dapati anak ada tanda-tanda di atas, ayuhlah tutup tv terus. Jika berterusan setiap hari yang sama, boleh menyebabkan masalah kelewatan bercakap di masa akan datang yang selalunya berpunca daripada kecelaruan sensori (sensori processing disorder). Jangan main-main dengan sensory processing bagi anak bawah 3 tahun kerana ianya bukan sahaja boleh menyebabkan risiko masalah bercakap malah masalah memilih makan, motor kasar, motor halus, tingkah laku dan akademik di masa akan datang. ? Kalau boleh elak, elakkan tapi kalau memang terdesak dan tak boleh elak, kali ini saya nak kongsikan cara milihan rancangan TV untuk anak. Pilih rancangan yang: 1. Kurang pergerakan background ataupun pergerakan yang terlalu laju. Purata pertukaran background "nursery ryhme" atau kartun adalah 5-8 saat, menyebabkan anak tak dapat hadamkan dan faham apa-apa input yang hendak disampaikan terutamanya anak bawah 2 tahun, cari kartun yang tiada/kurang pergerakan dan pertukaran background. Mengikut pemerhatian saya (tiada kajian lagi tentang ini), anak yang dibiasakan dengan menonton kartun di mana pergerakan dan pertukaran background terlalu cepat boleh menyebabkan anak menjadi seorang yang kurang sabar dan cepat bosan apabila menunggu dan beratur contohnya mengamuk apabila kereta berhenti (bosan dengan permandangan yang sama) serta sukar untuk duduk setempat apabila 3-4 tahun menyebabkan masalah pembelajaran di masa akan datang. Dialu-alukan penyelidik untuk lakukan kajian tentang ini. ? Kalau mak ayah perasan, majoriti anak bawah 2 tahun mesti lebih suka tengok iklan kan? Bila ada iklan terus berlari ke TV. Ia adalah kerana anak bawah 2 tahun normal memang ada "sensory seeking" terhadap rangsangan visual, sebab itu mereka suka tengok iklan yang menggunakan visual dan suara yang menarik berbanding drama. ? 2. Suara yang jelas dan perlahan. Kalau nak ajar menyanyi, cari lagu yang perlahan dan sebutan yang jelas setiap suku kata berbanding lagu yang terlalu cepat. ? 3. Warna yang menenangkan. Kebanyakan kartun popular sekarang menggunakan warna yang terlalu terang dan menonjol menyebabkan risiko ketagihan gadget dan tv pada anak. Warna terang dan menarik memang seronok bagi anak-anak sama juga macam gula-gula. Kalau warna terang, hanya watak kartun tersebut sahaja yang menonjol dan bukannya keseluruhan kartun dan background menggunakan warna yang terang dan menonjol. Kita tengok lama-lama pun boleh pening sakit mata. ? 4. Pilih rancangan yang bersesuaian dengan anak. Anak bawah 3 tahun tak pandai lagi bezakan baik dan buruk, mereka serap sahaja semua benda yang mereka lihat dan dengar. Mereka tak pandai lagi bezakan realiti dan fantasi, bermain secara imaginasi memang normal tetapi kita yang mengawal apa yang mereka akan "imagine". Kalau biasa tengok Barbie, imaginasi mereka pun akan ke arah itu, berangan jadi princess. Kalau biasa tengok Ultraman, cara mereka berfikir dan bermain pun akan jadi ganas. Kalau biasa tengok upin ipin, kadang-kadang suara mereka pun akan jadi macam upin ipin. ? 5. Elakkan menonton kartun di channel TV yang mempunyai iklan-iklan yang tidak sesuai untuk anak. ? Pendapat saya, tengoklah apa-apa kartun asalkan tidak memudaratkan. Kalau boleh elakkan kartun yang ada buli membuli (cth: Tom and Jerry) ataupun yang berunsur pergaduhan dan keganasan (cth: Ultraman) serta ada bahasa yang tidak elok (cth: Shin Chan) untuk anak bawah 3 tahun. ? Sebelum beri anak tengok, kita tengok dahulu dan nilai sendiri kesesuaiannya. Saya pun ibu biasa yang tidak boleh mengelak daripada "bantuan" TV. Dekat rumah saya tiada Astro, cuma ada HyppTV. Jadi saya beri contoh rancangan yang saya beri anak tengok yang kurang pergerakan background, warna yang tidak terlampau menonjol dan suara yang jelas serta boleh belajar bercakap bersama anak. (Anak umur 1 tahun) ? Kalau mak ayah lain ada rancangan yang menarik dan menepati kriteria di atas boleh screenshot dan tepek di komen, kita sama-sama berkongsi ? InsyaAllah, saya akan adakan Kelas Merangsang Perkembangan Anak 1-3 tahun di Beyond Home Therapy. Jika berminat boleh whatsapp ke 0177472137. ? Sekian, terima kasih. Semoga bermanfaat ❤ Dialu-alukan untuk "Share", tag pasangan dan "Follow" page Maryam Jamadi untuk mengetahui isu parenting dari perspektif Occupational Therapist. Maryam Jamadi Occupational Therapist Founder Beyond Home Therapy

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

👍