Jumaat lepas nurse call saya sebab result air gula tak memuaskan. katanya semasa puasa 4.2 tapi lepas 2 jam minum air gula, naik 8.2. Saya down gila. Fikirkan first pregnancy elok je. 2nd ni sangkut. Esok tu terus pergi farmasi cari meter baca darah tu. Sepanjang hari lepas makan 2 jam je saya cucuk. Saya saja test. Makan tak kawal, bantai benda manis. Tapi result saya paling tinggi pn 5.1. Time hari bsp, saya buat benda yg sama. time puasa, result 4.2-4.3 je, lepas 2 jam makan pn 5.1 ke 5.4 je. Sedangkan breakfast saya makan nasi lemak sebungkus, air nestum, biskut oat n roti 1 keping. Adakah result minum air gula je mencanak atau meter bacaan tu salah?