13 Các câu trả lời
tq for this sesi TAP! hi simranjit, i ada beberapa soalan berkenaan breastfeeding :- 1. kenapa semasa pam sy tak rasa breast sebelah kanan "kosong" ? pemilihan saiz corong betul.. setelah 20min pam susu x keluar.. bila saya marmet masih ada susu yg memancut.. klu mcm tu sbb apa? 2. kenapa breast belah kanan saya cepat full? sedangkan belah kiri masih terasa lembut walaupon sudah 2 jam? adakah breast belah kanan saya mengalami susu tersumbat? 3. sy working mom, susu sy cukup utk baby.. perlu ke sy pam weekend semasa baby ada di sebelah disebabkan baby xnk susu.. cause now she already eat.. if sy x pam adakah susu sy akn drop?
Hello Ms.. Sy ada makan 4 jenis milk booster, 1 jenis kemam, 1 pil supplement, 1 jenis air dan 1 jenis buah2 kering. Masalahnya skrg susu still paling bnyk bila pump hanya 4oz. Makan sayur mcm lobak putih, oat juga tp susu xbnyk pn. Ank pula kuat menyusu, sy kdg2 smpi terfikir nk tambah formula sbb stress susu breast xnaik2.. Pump ada pakai auto dan ada by hand. Ada idea or pendapat utk lebihkan susu? Adakah emosi dan fikiran sy asyk terfikir nk tambah formula ni menyebabkan susu badan kurang? Sy hanya berjaya pump sehari 1x je sbb asyk kurang. Please help..
Tu lah.. Ingt nk cmpur sbb kdg2 rasa susu badan xckup, baby mcm mnm bnyk sgt. Tp adk n doc kata nnt bf akan jd sikit tu yg risau tu..
Hello Ms! Saya ada soalan nak tanya. Saya selalu alami rasa sakit kalau menyusu direct, and saya cuba untuk pump pulak. Tapi turns out dua-dua cara ni saya masih alami rasa sakit. Boleh tahu tak kenapa situati ni jadi? Saya baru je menyusukan anak 2 minggu.
Hi Puan, kalau waktu menyusu direct rasa sakit maksudnya lekapan salah. Dan kalau pam pun sakit maksudnya saiz corong pun salah. Lebih baik puan jumpa dengan pakar laktasi untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
Hi Ms. Simranjit! Baby saya baru 1 bulan tapi dia refuse direct feed. Nak botol je. Macam mana nak bagi baby direct feed balik ya? Lagi satu, lepas menyusu saya selalu try sendawakan baby dah 5 minit still baby tak sendawa. Is it ok?
tq!
Hello Ms. Simranjit! Saya ada masalah waktu mengepam susu. Saya rasa lekapan dah betul tapi still ada rasa sakit waktu mengepam. Adakah disebabkan produk itu sendiri atau ada sebab-sebab lain?
Hi Puan, kalau ada rasa sakit waktu mengepam itu mungkin disebabkan saiz corong yang salah atau sedutan pam terlebih kuat.
Hi Ms, saya ada soalan. Normal ke kalau bila menyusu direct rasa sakit and bila pump susu pun rasa sakit? Kalau normal, boleh saya tahu apa sebab-sebabnya dan bagaimana nak atasi?
Hi Puan, menyusu direct tidak sepatutnya sakit. Puan perlu membaiki posisi & teknik yang boleh dipelajari bersama seorang pakar. Jika pump menyakitkan, puan perlu periksa saiz corong yang betul
Hi ms, macam mana nak tahu kalau ada bengkak susu? saya 1st time mummy bakal bersalin next week. saya nak tahu tanda-tanda and macam mana nak rawat. TQ!
Tanda² a. ketulan pada payudara b. payudara bengkak & sakit Rawatan a. Massage payudara anda sebelum latch b. Latch sekerap yang mungkin (on demand) c. Marmet
Hi Ms, perlu ke kita bf dlu pada baby kemudian baru pam? Atau pam dlu baru bf? Sebab baby saya lebih suka minum susu dalam botol sbb aliran lebih laju
Hi Puan, sepatutnya direct latch on demand tidak perlu pam. Kalau puan tak direct latch kena pump setiap 3 jam. Kalau puan nak bergilir seperti mana yang dinyatakan, lebih baik bf dulu kemudian pam.
hai Ms. Simranjit, Adakah normal setiap kali anak direct breastfeed, rasa macam mual. Terutama ketika awal2 penyusuan. lepas beberapa minit, dah okay.
Ia normal, mual disebabkan oleh let down reflex (disebakan oleh hormon oxytoxcin)
Sebelah direct feeding, masih rasa breast penuh, bila pump hasil tak sampai 1oz, adakah sebab salah pemilihan breastpump?
Lekapaan betul dan baby kerap menyusu. Najis juga warna mustard. Tp xtahu lah kenapa bila pump cuma dapat 1 @ 2oz
Simran