Missed miscarriage
Isnin minggu lepas saya buat buku pink dekat KK tapi masa doctor scan, dia kata baby dah takda heartbeat ☹️ doc terus bg refer letter ke hospital utk further check and conclude missed miscarriage. Baby sepatutnya dah 11 minggu tapi scan nampak macam dah stop growing saiz 8 minggu. Otw balik dari KK husband bawak pegi private clinic scan lagi sekali, doc sana cakap mmg takda heartbeat tapi saiz 10 minggu macamtu. Doc tunjuk kepala and punggung dia semua lengkap, cuma takda heartbeat and takda aliran darah. The next day saya pergi hospital, doc suruh tggu 2 minggu utk janin gugur sendiri memandangkan saya langsung takda bleeding atau sakit apa2. Saya sampai harini - ahad - masih belum ada tanda2 keguguran. Saya keliru sedih dan masih berharap ada keajaiban. Doc pernah ckp rahim saya retroverted. Saya google, ada terbaca rahim mcm saya ni mungkin susah nak detect heartbeat. Ada siapa2 ada pengalaman mcm saya tak? Doakan saya kuat !#ingintahu #bantusharing
Dreaming of becoming a parent