Breastfeeding

(Ini adalah artikel dari group breastfeeding. Saja saya letak di sini sebagai nota. Boleh jadi panduan bakal ibu juga) Anak lahir, picit-picit, susu tak keluar. Apa perlu buat? . FAKTA: Susu sudah siap sedia berada dalam breast kita sejak kandungan berusia 14 minggu lagi. . Saya sendiri tak yakin dengan fakta ni, setakat tahu jela, tapi tak nak percaya. haha. . Sehinggalah masa pregnant n check up kat hospital, LC Elpeni Ramli cakap ayat sama pada saya, saya jawab, tak de keluar pun susu. Sekali dia picit aerola saya (picit gaya marmet tu), keluar setitik susu. Lepas tu terus percaya fakta ni. . Tapi kenapa bila bayi lahir susu tak keluar? 1. Pertama : Kena tahu susu masa awal kelahiran tak keluar memancut-mancut. Dia keluar secoet je, dan secoet tu cukup untuk keperluan bayi pada hari pertama tu. . 2. Kedua: Kena tahu yang, kolustrum, susu awal kelahiran bayi bersifat pekat dan likat. Bak kata Dr Hairin, likat seperti gam. Ia memang tak keluar kalau pam sebab sedutan pam tak cukup kuat untuk sedut kolustrum yang likat ni. . 3. Jadi apa kena buat? Awal kelahiran, jangan sibuk nak pam atau picit-picit puting nak tengok susu ada ke tak. Waktu ni mommies kena sibukkan diri untuk dapatkan lekapan yang betul. Boleh google deep latch atau baca artikel ni: https://www.cozylady.com.my/2019/04/08/cara-breastfeeding-yang-betul-ciri-lekapan-baik/ . 4. Breast perlu dapat ransangan hisapan daripada bayi seawal 6 jam selepas kelahiran. Bayi tidur ke apa, kena kejutkan baby untuk bangun menyusu. . 5. Kalau baby terpaksa berjauhan dengan ibu atas faktor kesihatan, ibu kena mula marmet untuk ransang breast dan keluarkan kolustrum tu. Marmet cara kedua berkesan mengeluarkan kolustrum yang likat seperti gam tu selepas hisapan daripada mulut bayi. Marmet tu apa? Boleh baca artikel ni: https://www.cozylady.com.my/2019/04/18/marmet-teknik-perahan-tangan/ . 6. Tambahan sedikit, untuk mommies yang dah stop susukan anak, picit puting tak keluar dah susu dan rasa susu dah kering, sebenarnya masih boleh adakan balik susu tu. Picit puting memang tak keluar susu, cuba picit aerola gaya marmet tu, mesti keluar setitik. Apa yang perlu dilakukan adalah ransang balik breast sama ada dengan hisapan bayi atau pam susu. Jangan give up walaupun pam keluar angin je pada 1-2 minggu pertama. Itu normal. Teruskan pam setiap 2 jam. (kena sekerap 2 jam utk ransang breast supaya keluarkan susu) Boleh baca lanjut tentang ni, google je "relactation" . 7. Lastly, saya suka ayat daripada kak Nor Azura, picit puting memang susu tak keluar. Puting tu bukan tempat simpan susu. Tiada susu dalam puting. Puting hanya laluan untuk susu keluar sahaja. Kena picit aerola gaya marmet tu baru nampak susu keluar setitik tau. . Bagi yang nak share post ni di luar group untuk bacaan rakan-rakan lain, boleh share daripada post ni: https://www.facebook.com/136562643087710/posts/2159561644121123?s=100000215801080&v=i&sfns=mo . Boleh invite rakan-rakan ke group ni, sama-sama belajar, sama-sama bagi semangat☺️ . please bump after reading ?

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan