51 Các câu trả lời
masa mengandung , saya bole di kata kan best friend dengan ais batu , tak minum sehari rasa tak complete hidup , then mak saya selalu ckp nanti anak kuning kuat . msa saya beranak alhamdulilah anak saya kuning tak kuat , selepas 8 hari dh discharge. msa pantang lps je 44 hari sya dh minum air sejuk . cuaca panas sgt mana bole tahan 😂
masa tunggu bersalin first baby , bed sebelah sy chinese.. dia bagi petua kalau rasa mcm baby kurang aktif, banyakkan minum ais.. dia kata itu petua org cina.. kan org cina banyak herba penyejuk badan tu.. saya nak try pon x sempat dah sebab hujung2 dah masa tu.. hahahhaa..cuba la buat..
Sy time pregnant boleh katakan setiap hari minum air ais..tak kira hari sejuk ke panas.. Ada org cakap minum ais baby besar..Baby sy lahir 2.5kg je..benda mcam ni kadang2 kita sendiri nak kena fikir logik ke tak sis..
Org yang lama xminum Ais sbb nk jga kesihatan pun telan air sejuk musim panas sekarang ni.. Sapa je boleh tolak.. Kita yang pregnant ni xde pantang pun minum ais.. Saya hari2 minum. Nk2 time puasa memang xboleh tolak.
kesian ais kena fitnah 🥹 hihi gurau jee.. takda apa pun sis ais tu air bezanya sejuk masuk dalam mulut dah cair jadi air.. seeloknya kalau nak elak stress iyakan aje kata parents, nak minum minum belakang dorang..
saya hari2 minum ais kosong sis. Dari mula pregnant lagi. Time alahan takboleh telan air suam 😆 hari2 la duk minum ais batu sampai la skg dh 6bulan
Gais,betul ke xboleh minum air sejuk slps makan? Nanti minyak yg kita makan akan jadi beku.😌 setahu saya xelok minum slpas makan sbb perut jadi buncit jer. MIL bgtahu 😌😌😌 terasa nak gelak guling2🙃
sy pun MIL tak bagi minum ais jugak, kalau makan berhidang saya kena minum air kosong saja. air manis pun dia marah 😅. sy minum jugak tapi diam² sbb mama sy cakap boleh je minum.
sy 1st time mom dari 1st trimester mmg pekena air yg berais ..so far ok je..😁 skrg dah msok 3rd trimester pn klau baby rsa kurg gerak trus mkn ais spya baby aktif 🤭
Ble je sis 🫢🫢 klo parents sy mkn je smua bnda yg xble nk mkn msa bpntang nti smua bedal je sbb nti nk bpntang lma bnyk yg xble mkn 🤭🤭
Siapa kata waktu berpantang banyak tak boleh makan? 😊 Boleh je makan apa2 pun, asalkan awak elakkan makanan yang alergik dan amalkan diet pemakanan yang sihat. Tu je. Takde specific rules pun. Hehe
Anonymous