38 Các câu trả lời

ini penerangan dr doctor imelda balchin yg tentang kulit baby bersih Ada pula komen mengarut dari makcik bawang yang tiba-tiba masuk ke laman saya.....dia kata dia telan minyak kelapa dara, baby dia keluar bersih dan kulit cantik, telan air kelapa baby keluar kulit bersih. Mengarut sungguh laaa Oh HELLO?????? Inilah dia satu kenyataan yang mencerminkan kejahilan ilmu. Bila saya tanya, sila jawab BABY MANA YANG DILAHIRKAN TIDAK BERSIH atau KULIT TAK CANTIK????? Makcik bawang jawab kulit yang berkerak-kerak. Adoi laaaa makcik bawang, janganlaa cakap macam tu. Mai nak habaq. Ini ilmu pengetahuan yang penting untuk anda. Sila tambahkan ilmu pengetahuan ini dan berbanggalah jika bayi anda dilahirkan dengan kerak-kerak putih anugerah Tuhan ini. Dalam gambar ini ialah bayi yang disaluti vernix caseosa. Inilah krim kulit semulajadi yang terbaik di dunia. Tiada krim yang lebih baik dari vernix caseosa. Ini dibuat dan dikeluarkan oleh kelenjar sebaceous gland di dalam kulit bayi sendiri. Ia mengandungi 80% air, 10% protin dan 10% lemak. Pada 3 bulan terakhir kehamilan, vernix caseosa melindungi kulit janin menjadikannya: 1) Kalis air atau waterproof supaya boleh duduk dalam air ketuban berbulan-bulan. Kalau tidak berkedut-kedutlah kulit bayi. Anda boleh ke berendam lama-lama dalam air, sila cuba dan lihat apa akan terjadi kepada kulit anda. 2) Ia juga mempunyai bahan antibakteria yang memberi lebih perlindungan kepada bayi semasa dan sejurus selepas dilahirkan. 3) Ia mengandungi amino acid yang melindungi kulit janin dari meconium dalam air ketuban jika janin sudah berak di dalam kandungan sebelum dilahirkan. 4) Ia membantu mencegah bayi hilang haba terlalu cepat dari permukaan kulitnya sejurus selepas dilahirkan supaya tidak kesejukan. 5) Ia mempunyai ‘healing properties’ yang mempercepatkan kesembuhan dari luka melecet atau kegeselan di atas permukaan kulit semasa proses kelahiran atau semasa ibu meneran bayi keluar. 6) Bila bayi dilahirkan, tiba-tiba terdedah kepada udara luar yang kering, vernix caseosa inilah yang membantu kulitnya menyesuaikan diri untuk peralihan dari alam yang lembab dan basah ke alam yang kering. Inilah pelembab atau moisturiser semulajadi yang terbaik. Sebab inilah sejurus selepas bayi dilahirkan, kita patut membiarkan vernix caseosa ini atas badan bayi pada hari pertama dan tak payah mandikannya terlalu awal selepas kelahiran. Bayi yang lebih muda ada lebih vernix dari baby yang sudah overdue sebab kulit bayi yang lebih matang tidak membuat banyak vernix. Inilah kurniaan Tuhan yang baik untuk bayi. Jangan kata kulit tak bersih. Jangan kata kulit tak cantik. Jangan kata kerak-kerak. Jangan kata ini datangnya dari keputihan ibunya. Jangan kata ini datangnya dari air mani bapanya. Tambahkanlah ilmu pengetahuan dan bersyukurlah anak anda diberikan keistimewaan dan perlindungan ini. Jangan lupa, namanya ialah vernix caseosa, krim pelembab kulit bermutu tinggi semulajadi yang terbaik di dunia. Terimakasih. Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine

kene consult doktor sis kalau nak tukar ubat sbb hb low. xboleh tukar suka2. nnt bila consult doktor time checkup. doktor tanya makan ubat apa, doktor bising makan ubat yg doktor xsuruh. saya pernah dengar ibu kene marah ngn doktor suka2 makan ubat ikot diri sndiri sbb hb dia low. pastu ada yg mintak tukar ubat kat kaunter pon nurse xbg, kene jmpa doktor dulu. kalau hb xlow boleh je makan apa2, kalau low bahaya sikit. takut termakan ubat yg utk maintain hb.

boleh makan real food utk baik kan hb. 1) if awak ada makan or minum yg mengandungi kafien (kopi, tea, milo, coca cola, etc) jarak kan dgn pengambilan ubat iron. atleast sekurang kurang nya 3jam sebelom or selepas mkn ubat. 2) kalau ada minum susu atleast gap 3jam sebelom or selepas makan ubat iron. 3) boleh makan ubat sebelom tido dgn air oren sunquick / limau nipis tanpa gula. 4) boleh amalkan jambu batu/delima/kerang/hati/ulam raja/etc

Saya makan sangobion hb dari 9.1 terus naik 11.6. Dari zincofer tukar obimin, hb makin turun. Pastu dr tukar Maltofer, hb turun jugak walaupun ambil time tengah malam 2 jam lepas makan. Maltofer ada orang makan okay, saya makan sembelit terukkk. Pastu dr cadangkan sangobion tapi kena beli kat luar sendiri sebab dekat kk takde. Baru naik hb. Tak sembelit langsung pun

dlu mula prgnant sy maintain dgn zincofer ja..mkn jmbu batu..hb ok ja ..skrg prgnant kali kedua..btl2 lain...dari zincofer,,iberet..tambah dose lagi..xnaik2..mkn jambu,..pati delima,,buah delima,bayam..smpai xlalu dh nk tgk semua tu ..10 tu ja..klu naik pun 10.1...bru tau klu btl2 mslh hb cmna..letih😅

Mcm tu la sy sis . Smua pemakanan dh jaga tp result gitu2 jg kdg2 pndai drop lg 🥲

blh try minum air letak limau kasturi kosong tnpa gula,lepas makan .amalkn hari² dgn ubt kk bg.. InsyaAllah.saya mula² hb 14 sbb mkn ubt kk dgn amalkn jambu batu tp dh last² ni lalu minum air limau kasturi je. mula² drop 11.3 dpt naik 11.7 balik amalkn minuman tu skali mkn ubt on time.. InsyaAllah ok awak.

Saya masa hb low dah cuba makan realfood mcm kerang & etc , tapi tak jalan . makan maltofer pun naik sikit2 je . cuba minum kelapa dara daura & makan maltofer . hb naik mencanak . kelapa dara bagus banyak kelebihan selain hb low, memudahkan kita bila nak beranak . skin anak pun jadi bersih

boleh baca penerangan doctor imelda balchin pakar o&g. semoga bermanfaat😊 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0FJMGR8hbZhxDUqdZ8qauoAqZyK1Vt4jbATMQwWPKU5kVizFFo6ns9GWW1dNJhmxZl&id=679746658&mibextid=Nif5oz

Saya ambil iberet mkan skali dgn supplement vit C 500mg utk penyerapan yg baik,, mkn semasa perut kosong utk penyerapan max, saya mkn pagi2 lpas subuh sbelum mkn ape2, 1-2 jam slepas tu baru breakfast. Setakat ni alhamdulillah hb 12 keatas

saya amalkan minum pati delima amway je sis ubat saya mkn waktu nk gi kk jer seminggu nak gi seminggu tu bru mkn kalau x saya x mkn 😅 alhamdulillah hb naik 11 keatas jer saya pengemar caffein sllu minum jugak tapi alhamdulillah okey

hihi tq

Saya dulu tukar maltofer. Hb cantik 12-13 tiap kali check. Sebelum dpt maltofer saya makan zincofer tapi selalu muntah balik. Tapi ikut org jugak. Jarakkan ambik vitamin 2 jam kalau nak minum kopi/teh. Makan sayur ngn buah bnyk.

Haa tu laa kira nak tukar ubat tu sis , Sbb prgnant sblm ni sy dgn iberet ok tp kali ni mcm rasa tkda perubahan .

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan