Info minyak zaiton

INFO MINYAK ZAITUN (OLIVE OIL): *Extra virgin olive oil (EVOO)* adalah hasil perahan pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi. *Virgin olive oil (VOO)* adalah hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititis atau direnjis ke dalam makanan/bubur bayi. *Pure olive oil (POO)*/*olive oil* boleh digunakan untuk menumis makanan. Tapi untuk deep fried, minyak sawit adalah paling sesuai digunakan. Minyak zaitun tidak boleh digunakan pada suhu yang tinggi. Beza antara EXTRA VIRGIN OIL dengan PURE OLIVE OIL Walaupun dedua ni nama dia minyak zaitun. Tapi dedua ni tak sama fungsi dan rasa tau. Minyak zaitun ni ada gred gred dia. minyak zaitun Kalau nak tau mana yang lagi baik, kita tengok kandungan acidity dia. Acidity untuk yang high quality mesti 0.8% ke bawah. Ni tuk extra virgin olive oil tau. Kalau pure olive oil pulak acidity dia 2% keatas. Olive oil / pure olive oil Kalau nak main masak masak. Korang guna la "pure olive oil". Pure olive oil ni pada asalnya minyak zaitun yang tak boleh dimakan sebab bau dengan rase dia tak sedap. Acidity dia pun lagi tinggi berbanding minyak zaitun extra virgin. Jadi minyak zaitun ni akan diproses supaya boleh dijual. Lepas diproses, warna dan rase dia akan hilang tau. Jadi minyak zaitun ni akan dicampurkan dengan virgin olive oil sikit supaya ada aroma ngan rasa buah zaitun. Biasanya 85% minyak zaitun yang di proses, lagi 15% virgin olive oil. Lepas diproses, minyak ni sesuai untuk kita goreng goreng. Warna minyak zaitun pure ni lagi cerah dan rasa pun lagi natural tau. Tak de rase pahit minyak zaitun. Extra virgin olive oil Kalau yang extra virgin pulak biasanya diperah secara perahan sejuk supaya khasiat, warna dan rasa dia tak terjejas. Minyak ni sesuai tuk makan gitu jek ataupun dressing kat salad. Minyak zaitun extra virgin ni kalau kita gunakan tuk tumis, khasiat dia akan terjejas pastu boleh menyebabkan masalah hipertrigliseidemia iaitu lebihan lemak dalam darah. Jadi kalau korang nak main masak masak, beli yang olive oil atau pure olive oil. Sebab dia tahan panas. Tapi kalau nak makan sebagai supplement harian. Beli yang extra virgin tau. Minyak zaitun yang extra virgin ni tinggi oksida pastu ada banyak khasiat lain. ps: Minyak zaitun ni kene simpan kat tempat kering dan gelap (tak kene cahaya matahari) supaya khasiat dan kualiti dia tak terjejas. Sebaiknya beli dalam botol kaca yang gelap. Baby 6 months dah boleh bagi olive oil. Bagus untuk tambahkan berat badan baby 😊

Info minyak zaiton
1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Good info sharing 🤗👍🏻👍🏻 #TAPsupermoms #TAPactiveusers

Đọc thêm