Minum air gula
Hi ibu2 semua.. semalam result minum air gula betul2 atas pagar. Doktor request kena minum lagi sekali next week ?. Ada petua tak nak bagi lulus..

Ini cara saya, kalau nk buat silakan kalau xnak pun xpe sbb sy buat masa mengandung keempat2 ank cara ni mmg berhasil. Seminggu sebelum kena minum air gula saya da kurangkan makan nasi. Kenapa nasi? Sebab nasi putih mempunyai kadar glisemik yang tinggi dan ini boleh menaikkan kadar gula dalam darah. Cuba kurangkan pengambilan nasi hanya sekali sehari dengan jumlah yang sedikit iaitu segenggam tangan. Sesekali boleh menggantikan nasi selang sehari dengan roti mil penuh, pasta mil penuh atau capati. Selain nasi, saya juga dah tak minum minuman manis dalam tempoh seminggu sebelum kena minum air gula. Saya hanya minum 2.5-3 liter air kosong setiap hari. Namun begitu, bagi sesetengah org xlalu atau air kosong menyebabkan rasa loya termasuklah saya. Jadi, apa yg saya buat, saya gunakan potongan buah-buahan untuk menambah perisa pada air seperti hirisan strawberi, epal, kurma, lemon atau oren sunkist dan boleh juga menggunakan daun pudina untuk rasa yang menyegarkan. Rendam potongan buah pilihan tadi dalam bekas yang diisi air masak dan biarkan sejuk di dalam peti sejuk. Bolehla cuba tips ni. Result sblm minum 3.9 dan 2 jam lps minum 4.6. Jadi saya lulus ujian air gula and tak payah minum kali kedua.
Đọc thêm