hi awak.
1) sebelom direct pergi scan, awak dah check upt belom? kalau belom lebih baik awak confirmkan dulu dgn check upt. guna brand upt yg jenis high sensitivity mcm dipp&tell
2) perut muncit tak menentukan kita pregnant je dear. sbb sy tak pregnant pon, tp perut muncit juga. sy ambik depo. dan 2nd baby sy fully breastfeed. perut sy muncit sbb sy mmg sejenis yg xsuka pakai bengkung. atau sapu cream panas😅. tak exercise dan tak jaga makan pon boleh sebabkan perut muncit juga awak.
3) kita tak boleh dengar bunyi jantung baby melalui sentuhan tangan. awak sendiri pon tak pasti kedudukan position jantung baby dlm rahim awak dekat mana. sebab tu wujud nya doppler. atau mesin scan. mungkin yg awak rasa denyutan tu adalah nadi awak sendiri.
4) andaikata awak betul2 pregnant, teruskan kehamilan awak. sy setuju dgn komen mommy lain, bila dh masok 2nd trimester baru inform family. awal2 better awak dn suami diamkan dulu. just awak focus jaga kandungan. apa2 perancang yg kita ambil ni keberkesanannya adalah 99% sahaja. still tetap ada risiko nk pregnant cuma xtinggi. sepatotnya buat double triple protection, jgn bergantung semata2 dgn pil perancang dan anggap ooh selamat xpregnant. salah tu awak.
5) xperlu risau dgn nurse kk nak bising. sbb dlm app ni ramai je mommy yg pregnant jarak rapat. awak patot risau kesihatan awak. nurse bebel sebab sygkan kita. boleh je nak buka buku swasta. cuma awak kena pandai cari klinik/hospital swasta yg ada package murah. mcm sy 2nd baby mmg fully check swasta sbb xboleh commit dgn time kk. masa buka buku pink sahaja sekali dgn ubat rate harga 250. monthly checkup rate harga dlm 150~300. tengok juga kalau ada kena ambik test pape rate harga jadi mahal balik la. dan sy bersalin hospital gov.
nurse kk tahu je sy pregnant. by the way sy pregnant jarak dkt juga masa baby 1st setahun 2bulan sy pregnant 2nd baby.
apa2 pon sy doakan urusan awak dipermudahkan. jangan stress okay🌻
MHHmummy