21 Các câu trả lời
tak pastilah..tapi saya dari trimester pertama dah minum air kelapa. Alhamdulillah tak ada apa² pun. dari mengandung anak pertama sampai ke 3,memang suka minum air kelapa. sedapnya,nak² bila dah masuk peti sejuk 😂 boleh di katakan sebulan tu 2 ke 3 kali minum. sebab en hubby bila cuti kerja tiap minggu dia akan mesen rumput keliling rumah. lepas tu dia akan petik buah kelapa,saya pun joint 10 kaki lah 😅 sekarang dah trimester ke 3,baru je 2 hari lepas minum air kelapa. jenis saya,kalau saya teringin nak makan atau minum apa²,saya makan je.. saya tak nak pikir bukan². sbb mak saya pesan kalau teringin nak makan apa²,makan je. jangan pikir bby gugur lah ape.. pemikiran kita yg bukan² mungkin buat kita stress. contoh,ibu yg menyusukan bby pun tak boleh stress. susu boleh drop. mind set kita kena betul,baru air susu keluar banyak dan lancar. tapi terpulang pada individu,nak mencuba atau tidak. kalau takut,sebaiknya jangan ye sis ☺️
Fav drink saya air kelapa. Masa 1st trimester pernah terminum depan mertua, kepoh satu rumah disuruh saya berhenti minum. Tetiba rasa hiba sebab dah la air kegemaran. Saya tanya pada mak saya, dia bidan bersalin berlesen, dia kata takde masalah pun. Mak siap ajak minum air kelapa skali dgn dia kalo tiap kali balik rumah mak. 😊 Mak saya cuma nasihat makan makanan berkhasiat untuk kuatkan rahim & beri zat pada kandungan.
kalau family mertua sy kepoh takleh makan tembikai🤣 pelik kadang lahaiii tp yelah family suami kan..layan aje le
setengah orang cakap x elok minum air kelapa awal2 mengandung tapi saya minum Dari mengandung sebulan sampai 9 bulan xde masalah. cuma 7 bulan ke atas Sy minum air kelapa setiap minggu utk jaga kulit baby☺️
Lau dah 34w buleh je kan lau minum tiap hari
Saya ada minum waktu awal pregnant tapi sekli tak silap.. start masuk 7 bulan minum tapi kdang2.. masuk je 9 bulan hujung2 nk branak tu minum.. anak keluar doktor puji anak bersih kulit pon cantik🥰
sy tak berani dh nk minum kelapa.. kalau mak sy ..dia ckp boleh je.. kalau dekat mertua.. dia ckp tak boleh.. masa tu sy lupa.. terminum la hhah.. lepas berapa hari sy gugur.. skrg pregnnt balik buln 4 gugur
Aah mntua bg mnum msa 7 bln nanti. Skrg sy bru 6 bln.
Saya dari awal pregnancy sampai sekarang hari hari minum air kelapa. Sekarang dah 34weeks. Sebab alahan teruk kalau minum air masak muntah, so minum air kelapa. Boleh je minum anytime awak 🥰
tq mommy2 share. kite sblom ni dah biase minum air kelapa, so bile dah lme tak minum, bdan kite rase lain, mcm kurang tenaga. sbb kite pregnent baru ank first. so tak tahu☺️ #17week
Sy dari awal pregnant boleh minum air kelapa je sampai bersalin. Air lain semua muntah balik 🥲 Alhamdulillah okay sepanjang pregnant tu. Tapi mungkin lain orang lain dia boleh minum
Hihi dia lahir 2.2kg je. Skrg 6 bulan 7kg++ dah 🙈 mmg gebus, semua nak cubit pipinya 😂
Kalau rahim jenis tdk kuat boleh jd gugur,,kalau rahim kuat untung la dpt mnum,,badan org xsama sbnar nya.org tua2 larang sbb diorang ada pengalaman gugur sbb mnum la tu,,
hi, sy penggemar air kelapa msa preggy .. dr trimester 1 sampai nk bersalin sy minum air kelapa .. takde apa² masalah , malah proses bersalin pun lancar, alhamdulillah ..
Anonymous