Punggung anak merah

Ibu2 kenapa punggung anak yg bhgian pampers jadi merah yer..pdhl saya dh tukar pampers ank 3 jam skli..klau berak cpt2 tukar..baby bru sebulan lebih pkai pampers molfix dgn tisu basah anakku..ke x sesuai yer?? Berat anak 4kg pakai saiz newborn..ke kena pakai saiz S dah yer.. #ingintahu #pleasehelp

15 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Kalau stay dirumah better elakkan guna wet tisu… Saya tak pernah guna wet tisu walaupun berjalan jauh, singgah rnr basuh dengan air… Dirumah pon sama cucu basuh dengan air… mungkin kulit baby sis tak sesuai dengan wet tisu. Basuh dengan air lap kering baru pakaikan pampers… insyaAllah sis Boleh cuba buat… harap kulit baby okay

Đọc thêm

Bolej jd sebab wet tissue, Boleh jadi sbb pampers. Anak saya pakai molfix okey, Tapi kalau pakai drypers naik merah2 jugak. Jadi sis cuba cari lagi pampers yg sesuai. Beli trial pack dulu kalau risau. Kalau harga2 lebih kurang molfix ni boleh try drypers wee wee dry, genki, huggies airsoft..

1y trước

saya try drypers wee wee dry tapi bau berak mcm xserap..bau kuat..

Kebanyakan pampers NB boleh muat sampai 3kg je. Mungkin wet tissue/ brand pampers tu tak sesuai. Maybe anak you sensitive. Wet tissue maybe boleh tukar jenis organic. I guna offspring, so far ok. Pampers i guna applecrumby. So far tak pernah naik ruam merah2 semua

1y trước

yes kita pakai selagi muat 😆

Baby saya masa kt hsptl masuk nicu sbb kuning. Asal salin pampers je guna Wet wipe. Bila dah discharge, punggung dia merah2. Even kat celah2 kemaluan dia. So saya decide guna air biasa je basuh. Alhamdulillah xde dah. Kdg jenis pampers pon main peranan gak.

Dah sebulan boleh basuh direct dengan air dah sis. Kalau xnak boleh try wet tissue yg xde fragrance. 99% water.. nak yg murah brand hoppi plastik biru+biru gelap. Yg glacier water tu. Atau offspring... nak lagi jimat beli kapas gulung celup air je

stop pakai wet tissue. boleh jadi kulit baby awak sensitif dgn wet tissue. awak boleh cuci dgn air biasa. waktu malam boleh letak air dlm botol spray. if baby berak boleh spray air dn lap dgn kain bersih. atau tissue kering

1y trước

macam sy, if baby berak. sy bukak pampers then lap dulu. kemudian spray air. lap semula. kemudian baru tarik pampers keluar. sebelom tarik pamper keluar. bawah sy dh lapik pamper baru. incase tetiba baby pancut or berak masih xhabis.

kalau wet tissue tu cube cr yg takde bau. fragrance free...ms anak sy sy tau ekzema dan byk produk tak boleh, salah satunya produk yg ada fragrance tu sgt merengsakan kulit baby.

beli la saiz s try tgk dah muat ke belum.. sebulan pakai pampers dgn wet tisu tu baru sekarang ke jd punggung merah? sblm ni? byk kena tgk tu nk tahu mana punca

wet tissue tu awak boleh bilas dengan air dulu sebelum guna. lepastu awak letak dalam air berapa awak nak pakai. then boleh bersihkan najis baby macam biasa.

wet tissue mengandungi bahan pewangi yg tak sesuai dgn kulit sensitif newborn. Gunakan tisu muka biasa dan basahkan dgn air