Ibu-ibu yang baru lepas bersalin mesti tertanya-tanya sekiranya perlu ke berpantang atau tidak. Hal ini sudah lama menjadi tanda tanya tetapi sehingga hari ini masih lagi tiada kata putus. Adakah anda percaya dengan istilah pantang? Apakah kepentingan berpantang? Perlu ke kita berpantang? Kalau pantang makanan tapi selang-selang boleh ke?
Tahukah anda, penjagaan makan selepas bersalin adalah sangat penting untuk setiap ibu yang baru sahaja lepas bersalin. Ini penting untuk memastikan semua keperluan nutrien yang diperlukan dapat diperoleh untuk memulihkan kesihatan ibu serta menjayakan penyusuan susu ibu.
Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang pantang larang dalam pemakanan selepas bersalin bersama Cik Nuraziema Ari, Dietitian, Klinik Siti pada 6 Julai, hari Rabu, jam 3 petang.
*NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.
Dietitian Aziema