Hi ibu-ibu hebat semua!
Hari pertama sekolah macam mana? Anak menangis? Teruja? Ke ada yang berlari balik sebab tidak mahu ke sekolah? Hehe
Mesti pelbagai ragam anak-anak pada hari pertama persekolahan kan! Kena bangun awal, mandi awal, semua kena awal. Ibu ibu pun bangun awal siapkan kelengkapan anak.
Mari lah berkongsi dengan kami apa gelagat anak anda di hari pertama sekolah. Kami tak sabar nak melihat anak anda berpakaian sekolah baru untuk pertama kali. Mesti comel, kacak dan cantik semua!