Hi mommies,

i pregnant sebelum sempat berkahwin. ada yang tau usia kandungan maksimum untuk dapat hak nama ayah kandung ?

26 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Fatwa Kerajaan Negeri Selangor Jawatankuasa Fatwa Selangor bertarikh 17 Januari 2005 telah memutuskan bahawa  sighah berkaitan anak tak sah taraf menurut hukum syara’ ialah : Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol atau melalui cara sainifik yang bertentangan dengan hukum syara’. Anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu “Imkan ad Dukhul” dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhat. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari segi waktu “Imkan ad Dukhul” selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syara’ bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syara’. sumber : website pej mufti wilayah persekutuan. awk boleh rujuk pej agama kawasan awak. benda cmni xboleh tanya di media sosial cmni. awk kena tanya org yg lebih arif tentang agama. moga ada jalan yang terbaik utk mumy. jgn stres ya. jaga kandungan baik² ❤️

Đọc thêm

maaf puan..sy pun pernah berada dlm situasi puan..tp sy xberiya nak berbin/binti kan anak sy sbb tahu hukum agama mcm mn..sy direct ke pejabat agama..perluka sy teruskan perkahwinan dgn keadaan mengandung atau kena tunggu sy lepas bersalin..sy lebih refer kpd puan ke pejabat agama agar puan faham dan ceritakan hal sebenar kpd pejabat agama..mereka akan terangkan..jgn risau diorg xkan judge pun..malu? tipu klu xmalu kan..tp sy tahu ni dosa sy..anak sy xbersalah..klu org sekeliling nak kata apa pun kata la..apa pun puan jgn mbelakangkan agama atas sbb hal mcm ni.. semoga dipermudahkan urusan puan..

Đọc thêm
Thành viên VIP

Kalau awk orang islam. Cukup la dah buat dosa besar sekali. Jangan la berkali2. Ni melibatkan nasab anak. Sbb tu sbelum kita buat dosa kita kene fikir kesan. Tolong jangan pentingkn diri sendiri. Cukup la sekali pentingkan nafsu sendiri sampai anak jadi mangsa. Maaf apa sy cakap ni tegas. Benda ni melibatkan hukum Allah. Bukan hukum manusia. Semoga Allah sentiasa melindungi awak supaya dapat bt yg terbaik dan jauh dari murka Allah. Takpe. Taubat sungguh. Dunia ni skjp je. Tak esok lusa kita mati. Tp akhirat beribu berjuta tahun kita nak hadap bukan senang ya.

Đọc thêm
2y trước

Kau kalau nak komen ala ala kau paling suci. Bukan kat sini nyah. Aku tau kau komen yg murni2 n terpaling murni. Tapi please paham soalan. Nak judge lebih2 x ley da. Benda da jadi. At least jadi manusia yg membantu manusia ye! Kita x tau esok lusa nasib anak cucu cicit kita cm ne. Setidaknya elok kau x yah komen. Dia tanya, mohon paham soalan. Dan jawab ikut soalan. Dia bukan mintak nasihat ye!

Anak yang lahir kurang 6 bulan selepas ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami.. mksudnya usia prkhawinan puan lebih dari 6bulan puan melahirnya boleh berbinkn suami... contoh usia prkhwinan puan 8bulan n buat melahirkn atau 7bulan... puan boleh rujuk fatwa mufti perlis https://muftiperlis.gov.my/index.php/minda-mufti/150-masalah-nasab-anak-kurang-daripada-enam-bulan-perkahwinan

Đọc thêm
Influencer của TAP

salam. kena faham ya, selagi persetubuhan & benih tersenyawa di LUAR PERNIKAHAN, takda had usia yg membolehkan anak dinasab bapa. certain tempat, JPN ke apa2 lah mungkin bagi. tp sebenar2 nya mmg tak boleh. walaupun janin baru berusia seminggu, sebulan.

2y trước

setuju, sbb nanti susah bila ank tu girl, takut bapa tadi tu mewalikan dia padahal dia tak layak utk jadi wali dlm situasi ini.. nanti perkahwinan tidak sah..

Mohon rujuk terus pada yang pakar dlm bab agama. Kalau segan, boleh je call, emel atau messenger pejabat agama yg terdekat dgn awak. Sy ingin bercerita berdasarkan pengalaman, walaupun berbin/binti nama ayah tetap boleh menjadi isu dimasa hadapan terutamanya jika anak perempuan sbb kiraan tarikh lahir & tarikh nikah tak akan tally. Sy dah mengalaminya & akhirnya terpaksa nikah juga menggunakan wali hakim.

Đọc thêm

Lebih baik refer pejabat agama iya. Jgn tanya dekat sini mostly akan judge & palatao. Tapi rasanya pernah dgr ceramah ada yang kata pernikahan lebih drpd 7 bulan boleh berbin/binti kan si bapa. Rujuk dgn pihak yg lebih faham & mengetahui ilmu agama. Itu lebih baik, jaga diri iya jangan negatif kan! Jaga kandungan baik baik even pregnant sebelum nikah. Semoga kuat & tabah 💖💖

Đọc thêm

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4258-al-kafi-1636-hubungan-anak-luar-nikah-dengan-ibu-dan-juga-adik-beradik-perempuan-kepada-bapa Harap boleh membantu dan seeloknya tanya pada yang lebih arif. Boleh call pejabat agama yang berdekatan. Lagi mudah dan jelas. Semoga dipermudahkan.

Refer pd pej agama utk confirmation ya, biar yg arif dlm hal agama bantu jwb dan tlg jgn buat main nasab anak berdasar kn apa org ni kata, apa org tu kata. Sbb ini berkait dgn hukum Allah. Kita xnk menyesal di kemudian hari. Lebih baik TAK BUAT, dr kena TAUBAT.

2y trước

Betul takut baca yg suruh nikah cepat2. Apa2 pun mmg tak boleh nasabkan mcmtu je

Kawan sy ada yg mngandung sebelum nikah , tp dinasabkan kepada ayah kandung dia sbb dorang berkahwin ikut pada tarikh islam kena lebih dari 6bulan dari tarikh perkahwinan , sy mcm pelik tp mmng betul2 jadi dngn syarat ayah dia mengaku dan kena angkat sumpah masa buat surat beranak dia ..