Kandung anak luar nikah
Hye, saya tau tajuk ni agak merumitkan.. Tapi sebolehnya saya perlukan bantuan.. Saya dah tak tahu pada siapa nak minta tolong atau pendapat.. Saya hamil anak luar nikah, minggu ni cecah 8 minggu kandungan.. Nak buka buku pink tak boleh sebab wajib ada macam2 dokumen, nak nikah takut tak sah sebab sedang hamil.. Nak bincang dengan keluarga, risau bahaya yang akan datang.. walaupun orang kata ibubapa mungkin akan marah dan kecewa, tapi ibubapa saya berbeza.. Ada kemungkinan nyawa jadi taruhan, mahupun saya atau anak saya.. Tolong lah bagi pendapat yang sebaik mungkin.. Ada kawan kata sebaiknya saya gugurkan kandungan, tapi saya dan teman lelaki sebolehnya tak nak.. Kami kalau boleh nak simpan anak ni, anak ni tak ada dosa, kami yang berdosa.. Mohon tolong bantuan..Harap ada yang sudi