19 Các câu trả lời
takpe asalkan cuci tangan bersih2 dulu sblm korek. sy pun keputihan teruk dulu, setiap 2 minggu datang balik. dah on antibiotik dan ubat insert, tp tetap datang balik. Last2 sy korek je, bila dah masok 6 bulan, dia stop sendiri. Sy check up swasta dgn pakar, dia ckp okay je kalau ada keputihan, cuma gatal la dekat labia tu.. Rawat mcm mane pun tetap ada sbb hormon masa mengandung. Awk try control mkn, elak yg bergula, roti dan minum air mineral byk. Kalau gbs, bhya time awak nak melahirkan je. takut bby tertelan kuman tu. Doktor sy, dia memang inject antibiotik dulu sblm bersalin tak kisah ada gbs ke tak, tp sy tak pasti gov hospital mcm mne.
sy dulu keputihan tak bnyak. tp masa 6bulan kot tiba2 gatal2. tp still keputihan tak bnyak pon.. sy ingat sbb minggu sbelum tu sy trlampau bnyak mkn benda manis2. sbb mmg sy suka makan manis pon spnjang prgnant.. pastu bila dh hilang gatal so ok lah. masa week 37 sy demam lpas cucuk tetanus. pegi hospital. doc terus amek sampel kputihan walaupon xda ckp apa pon psal kputihan tu. masa week 39 sy sakit nk brsalin. result baru keluar. lahh GBS+ rupanya. baru kalut on antibiotik.... so ksimpulannya better sis pegi klinik check
Yesss. Korek akan kasi effect dekat vagina u. Mungkin boleh kena jangkitan kuman (sb xtahu kan jari kita bersih ke tak), atau boleh buat vagina luka, atau boleh buat bakteria baik kt vagina terkeluar sekali sb dikorek. Better bgtau nurse u, nti akan ada ubat khas diorang kasi klo ada keputihan ni. Selain kena jaga diet, kurangkan makanan manis2. Sb manis2 tu makanan yg membuatkan keputihan lg byk
Saya pun ada keputihan on off texture creamy putih tanpa rasa gatal tanpa uti. Bila bagitau misi terus misi refer Dr dan Dr ambil sampel sebab takut gbs. Nahhh sekali confirm. Sekarang on antibiotik. Hopefully semakin baik la. Puan² yang mana ada keputihan tu bagitaulah misi/Dr sebab bahaya kalau keputihan tu gbs. Kalau tahu boleh rawat. Janganla duk korek² takut jangkitan kuman lain pulak nanti.
Cair tapi tak secair susu/air. Takde sampai berketul tu.
Bila baca semua komen ngilu nyaaaaa dgr perkataan korek 😂 saya pernah dapat ubat insert nak masukkan pun menggigil kaki. Walaupun dah kahwin tak beraninyaaa nak masukkan jari dkt bawah haha. Saya pun ada keputihan on off. Tak gatal dan tak berbau. Takut nak inform nurse sbb takut kena buat papsmear. Erghh ngilunyaaa dgr. Hahahaha
ank first sy mcm tu. teruk sngt keputihan. kena korek kluar semua baru hilang gatal tu. klau nk korek make sure kuku pendek. tp tidak digalak kn utk korek. sy hari tu kena check bawah sbb sy punya result papsmear xcantik doc and nurse ckap bnyk scratches kat dinding vagina sy. myb salah satu punca sbb sy korek tu
kena control jari sis, elak guna kuku, guna dpn jari tu haa tak tahu nak explain, bila gatal menguasai, dah malas nak fikir bnda lain 😅🤣
keputihan tu sebb ade pembiakan bakteria dlm vagina. masa saya preggy dulu ade jg keputihan tu. saranan saya jaga kebersihan dan pastikan vagina sentiasa kering. jgn basuh guna sabun, memadai pakai air saje. selalu tukar pantyliner setiap kali ke tandas. jgn minum ais byk sgt dan jg pemkanan juga.
lebih baik nya bagi thu nurse …mcm sye hri tu time mengadung 4 bulan keputihn sikit bila korek baru keluar bnyak ..cakp kat nurse dia bgi ubat untuk masok kt bawah kite …degan pill …nurse cakap keputihn ni bahaya untuk baby ..lebih baik awk tnye nurse atau dktrr time cekup ..
Assalamualaikum, nak tanya. Dah nak masuk 1w asyik keluar macam ni banyak, tak pekat sangat (cair & mcm putih telur sedikit) .. Adaka ia tanda awal pregnant? Atau tanda waktu subur? Maaf andai gambar ni mengganggu, saya ingin memberi contoh sahaja.
sy sarankan puan pergi ke klinik. check ada gbs atau tidak. nnti dy bagi ubat insert utk mgurangkan keputihan. penting tahu utk tahu gbs atau tidak terutama utk bersalin normal. kesian kat bayi nnti.
nurz