Rahim terbalik Dan Ectopic berjaya hamil

Hye, mommy². Boleh kongsi cerita tak? 1. Siapa kat sini pernah ectopic? 2. Siapa kat sini rahim terbalik? Sekadar kongsi² cerita kehidupan. Saya pernah berkahwin dengan cinta pertama saya, hubungan 7 tahun lebih . Disahkan mengandung akan tetapi kandungan saya luar rahim dipanggil ectopic. Dan scan rahim saya terbalik (retroverted uterus) . Dipendekan cerita, bekas suami memaki hamun saya tak dpt bg zuriat. ( Dokter dah cakap peluang saya nak hamil sangat tipis dan risiko ectopic mungkin akan berulang lagi dan lebih sakit ) Bekas suami sanggup tinggalkan saya dan berkahwin baru dengan wanita yg sudah ada anak satu. Dan hasil perkahwinan yang saya dengar bekas suami dikurniakan dua anak perempuan. Selepas itu,ada la seorang lelaki ni nak tackle saya tak dpt²,sebab jual mahal katakan. Sebab lelaki ni kenal kwn² saya dan korek² rahsia saya dari kwn². Setahun setengah adalah dia menunggu,hujung² saya jadi isteri dia la pula. Sebab menjalani hubungan rmh tangga kedua sy takut nak kahwin sbb takut suami kedua tidak dapat terima kekurangan saya. Kerana dasar Cinta... Saya dah bagitau kat suami yg sekarang ni, jikalau saya tidak mengandung pada hujung tahun 2019 ,kita berpisah. Jatuh air mata suami saya cakap cam tu,suami pulak marah kat sy . Bukan apa kan risau dia malu yg sy betul² tidak dpt memberi zuriat. Suami cakap kita berdoa jangan putus asa, Tuhan pasti akan memberi. Pada May 2019 , saya tidak datang haid. Awal check Urine Pregnancy Test,bertapa terkejutnya saya melihat 2 garisan ( POSITIF ) kena check awal kalau lambat haid takut ectopic lagi, Dokter dah bagi peringatan. Doa suami dan saya seperti mimpi, saya disahkan hamil. Gembiranya dalam hati .... Dan sekarang usia kandungan masuk 8 bulan, due date bulan January 2020 . ??? Baby boy lagitu... Bertapa bahagianya saya dan suami.

Rahim terbalik Dan Ectopic berjaya hamil
1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Alhamdulillah . Rezeki untuk orang orang yang sabar

5y trước

alhamdulillah sis smoga smua brjlan lancar dn dberi ksihatan yg brpanjangan amin