Hi waalaikumsalam. Kalau sy, sy prefer scan dkt swasta sbb ada disediakan tv/skrin utk kita tgk apa yg discan. Setakat pengalaman sy scan kt kerajaan, doktor yg scan je blh tgk skrin dan cuma bg tgk bila dgr bunyi jantung baby je. Sy tk suka jd tertanya-tanya sbb jenis nk tau apa yg doktor nampak masa scan.
Utk first scan, seeloknya tunggu anggaran usia kandungan dah masuk 8 minggu ke atas, insyaAllah blh nampak kantung, janin, dan bunyi jantung sekali. Nk scan seawal 5-6 minggu boleh je, tp selalunya akan nampak kantung kosong. Klu jenis tk senang hati risau kantung kosong ni mcm gugur lah apa semua, sy sarankan tunggu sampai 8 minggu.
Detail scan ni buat seeloknya bila kandungan dah 20 minggu ke atas. Detail scan ni tk wajib, tapi seeloknya buat sbb boleh elakkan apa-apa masalah kalau dpt detect ada yg abnormal dgn baby. Contoh, dpt tau ada masalah jantung ke, perut baby ada ruang yg mencurigakan ke, etc.
Junaini Ali