56 Các câu trả lời
saya skrg hb 11.3,masa saya mnm pati delima gulsan tu,darah saya stay 11.6,bila pati delima gulsan tu habis..darah saya dh mula menurun..11.3,tapi skrng saya try mnm ubat tambah darah moltofer harap serasi lh darah boleh naik..saya memang dari remaja lgi hb ada masalah..hari hari low..ank pertama hari tu g teruk..bnyk alahan,ubat semua jenis tak boleh msuk..smpi doc bgi surt ke hospital duduk wad sehari dua,lpas dari dua tiga hari,masuk lgi wad..doc bgi surat ke hospital lgi sekli..lgi² ubat ibret saya langsung tak boleh telan..dngn bau nya lgi naik kpla mudah pening..tapi ank no 2 ni nasib darah tak low sngt paras 11.3 tu kira hb ok lgi..tu pon darah saya dh mula menurun sikit dah..sbb pati delima gulsan saya dh habis..skrng saya dh 7bulan tapi darah saya stay 11 je..😊
sy mkn zincofer sbb HB mmg low masa bukak buku pink .. sblom preg pon mmg HB low ... mmg xboleh minum dngan susu .. sy minum dengan air limau atau oren ... kne mkn ubat sebelum 2 jam makan nasi atau selepas 2 jam mkn nasi .. sama jugak minum susu .. xboleh minum sekali dengn mkn nasi ... kne asing jugak 2 jam ... mula2 sy mkn zincofer waktu pgi mmg akn mual n muntah2 ... so sy tuka mkn ubt zincofer tu wktu mlm sblom tdo ... lepas tu sy amal kn makan jambu batu . minum air jambu batu . bnyk kn mnum air masak .. sayur bayam setiap hari .. n sayur2 hijau yg lain .. alhamdulillah HB okey masa preg ni .. sy x boleh minum air delima Hb akan Drop ..
Saya dulu hb elok je tinggi pastu makin menurun sampai la 9.4. Semalam gi check kk naik balik 11.8. Saya tukar ke iberet. Amalkan jus pati delima, makan kerang dan bayam. Dan saya memang tak ambil lansung sebarang jenis susu, kopi atau teh. Alhamdulillah ada peningkatan. Siapa yang hb drop tu boleh try makan kerang n dan bayam dengan banyak. Saya makan sebelum tidur. Apa pun bergantung pada badan kita sendiri. Dan terpulang nak amalkan yang mana boleh naikkan hb. Masing-masing ada cara masing-masing kan. Ada orang camni cara dia naikkan hb ada orang camtu. Yang penting amalkan makanan yang tingi zat besi. 💪🏻
Sy hari tu border line. Dgn GDM so xblh nk mkn benda2 mcm jus mamariam, horlick, jus delima. Sy ikhtiar minum Marigold Guava dlm kotak tu. Gula mmg naik la even da cmpur air pn time mnum, alhamdulillah xturun. Maintain je border tu. Selalunya makin menurun. Drpd 14 tinggal 11.6 je. haha. At least maintain. Sy mmg sejak dlu ada masalah anemia, risau juga HB turun. Bila makan ubat tmbah darah, elakkan mkn/mnum bersama produk tenusu & caffeine. Utk penyerapan yg lebih optimum, minum dgn segelas orange juice tanpa gula or mkn jambu batu. Semoga membantu 😁 Mkn 2jam sebelum atau selepas mkn.
Macam saya mula2 HB ok , 11 ke atas . masuk 17minggu kandungan sampai 27 minggu HB drop 11 ke bawah , jadi 10 je. Da try macam2 makanan untuk naikkan hb , sama je . lepastu naik masuk 28minggu kandungan , saya try OMB buah ni . macam air rebusan cina . sedap . Try beli malam tu juga, rebus mlm. Minum satu gelas . Esok pagi nya sebelum nk ke klinik , saya minum satu gelas lagi air OMB tu . Sampai ke klinik haritu juga, check HB . Alhamdulilah HB naik 11.6 . Terkejut saya dengan suami . Saya ada try mamariam , tapi sama juga hb drop. So skrg saya amalkan air OMB buah ni je . InsyaAllah HB okay
iron tak boleh makan sekali dgn calcium. sebab calcium akan menghalang penyerapan iron maksudnya dia akan cancel each other. doktor suggest ambil iron tablet sekali dgn jus buah contohnya jus buah oren yg pure ye. boleh bancuh banyak2 dalam jug, minum setiap kali nak makan ubat. Saya punya hb 11.4 pun doktor risau. Daripada iron tablet biasa kena tukar ke zincofer. Susah betul nak naikkan hb padahal dah cuba macam2. Kalini nak ikut cakap dr makan ubat sekali dgn minum jus buah mcm dr suggest
makan ubat dengan air sanquick. ikan tongkol/cencaru bakar cicah air asam jawa. ambil sayur dan buah macam biasa. ini yg nurse ajar saya masa 2 hari lagi saya nak kena jumpa doctor dan ambil darah,sbb hb tiba² low. Alhamdulillah,apa yg nurse ajar tu berkesan. hb naik cantik dah..12.9. dalam masa 2 hari tu,saya minum air sanquick tak tinggal. buat masuk botol simpan dalam peti. sedap betul minum sejuk² 😂
puan cuba vitalea shaklee . dulu preggy anak kedua saya ambik hb mmg cun. saya mmg ada masalah hb dari anak sulung lagi. dok 11 tu jalah..kadang bawah 11..makan buah jambu batu hari2..jenuh beli la tapi hb x brapa cantik juga. jumpa vitalea shaklee anak kedua. hb mmg ok sangat, kalo ada bajet lebih boleh tambah b complex dia sekali. kalau berminat boleh wasap saya. saya consume sambil jual juga..
saya start dgn makan breakfast then after 2jam bru saya mkn iberet minum skali dgn pati delima gulsan. lepas 1jam setengah ke 2jam bru saya ambil lunch. saya buat mcm ni dalam 2weeks hb naik from 8.5-9.1 nampak mcm tak byk tp hb sye xpernah dpt 9 sejak awl pregnancy sbb thalassemia beta. awk boleh cuba ikhtiar cara ni juga harap2 sesuai 😊
Bagi saye iberet tu oky jer sebab dia ckup lengkap kat dlam tuu.. saye pun mkn iberet .. oky jer x drop pun yg penting bnyk minum air masak.. nk minum susu tu boleh tapi kene jarak kan mase susu dengan vitamin tuu.. baru lah vitamin proses dgn baek.. klau tak vitamin tu x mnjadi ape and tkde function kalau minum sekali ngn susu😘
Anonymous