From FB
Harith masa 2 bulan lebih. Was High demand baby. Baby high demand dan colic perlukan sensasi di alam rahim. Dalam rahim sempit. Sebab tu baby tenang dibedungkan dengan syarat kena betul-betul ketatkan bahagian tangan. Dalam rahim sentiasa berayun. Sebab tu baby suka di ayunkan. Dalam rahim, baby duduknya tunggang terbalik. Sebab tu baby suka duduk mengiring. Dalam rahim bunyi bising. Bunyi aliran darah. Bunyi gas dalam perut. Sebab itulah baby tenang tidur dalam keadaan bising dan bunyi white noise. Saya apply 5S ( Swaddle, side, Sucking,sushhing (white noise), swing). Ilmu saya pelajari dari Baby Language Tidur wajib berbedung. Kalau tidak, dia takkan boleh tidur dan menangis. Saya lock betul-betul bahagian tangan supaya tak boleh bergerak. Kaki biar longgar. Tidurkan mengiring. Side. Tapi bila dah nyenyak perlu tidurkan rata supaya baby tak tertiarap kedepan tanpa kita sedar. Swing. Kena ayunkan dulu dia rasa macam bergerak-gerak seperti di alam rahim. Sucking. Baby rasa tenang bila menghisap. Sebab tu baby baru lahir asyik nak mengempeng je bukannya dia lapar atau susu tak cukup.. Tapi Pacifier (puting)je dia taknak. Dah beri pun dia taknak. Sebab dia nak puting ori. Bila masuk 4 bulan, baby dah hilang moro reflex. Dah betul-betul jadi manusia. Dan pandai adapt dengan suasana. Maka perlahan-lahan dan boleh ceraikan semua ni. Inilah ilmu tangis bayi. Jangan kita suka mengecam. Belajarlah dulu. Jangan suka salahkan jin, iblis, syaitan bila anak baru lahir asyik menangis siang malam tak tidur. Jangan salahkan perut baby kembung sebab baby nanges siang malam tak tidur. Kalau perut kembung, baby akan menangis kesakitan terlampau tak henti dan perutnya akan sangat keras. Dan, please apply ilmu ni untuk baby high demand dan colic. Supaya bila makin besar, baby akan hilang sifat high demand sebab baby dah dapat cukup sensasi di alam rahim semasa umur 0-4 bulan.
Tiny Little Bump