Pregnant 6weeks Hilang Selera Makan
Harini masuk 6minggu tapi selera makan langsung takda. Makanan yang dulu suka makan semua dah tak lalu nak telan. Saya tak muntah tapi tiap hari mual/loya. Tak boleh minum air manis langsung. Air bersusu. Makanan berminyak2/berlemak. Nasi pun tak lalu. Bila makan makanan masam mcm tomyam okay sikit. So far boleh terima yang pedas & masam je. Tapi bosan kalau hari2 makan tomyam je. Sampai tekak dah taktahu nak makan apa. Lapar sangat tapi tak boleh nak makan hm. Macam mana ye nak topup nutrisi. Rasa kesian dekat baby. Harittu check 5weeks pun belum nampak kantung. Sebab saya tak makan ke ye dia taknak keluar? Kadang rasa down. #firstbaby #bantusharing