17 Các câu trả lời
So far sepanjang sy jd fisio, x pernah lagi dgr pinggang baby akan sakit kalau duduk carseat 😅. Struktur badan baby semua masih lembut dan dlm pembentukan. Tulang dia pun x keras lagi mcm kita yg dah tua ni. Cuma yg kena jaga2 bila kita letakkan baby x kira la kat mana, kena jaga posture dia je supaya x mempengaruhi pembentukan struktur badan dia. Jd kalau nak letak kat carseat, cari yg sesuai ikut umur dia supaya posture dia terjaga dan dlm keadaan selesa. Nak tau dia selesa ke x, biasa baby akan duduk diam, x merengek dan kadang2 senang nak tido dlm tu.
Saya ajar anak duduk dlm carseat masa anak baru usia 2 minggu. Pilih carseat yg boleh guna start from newborn. Then try bawak anak jalan2 area rumah guna carseat and tengok samada anak boleh selesakan diri or tak. So far saya buat mcm ni anak boleh sesuaikan diri duduk dlm carseat (anak siap boleh tidur lagi😂) plus guna carseat utk safety anak masa nak travel jauh2 nanti. Kalau dengar kata org tua2 bagi diorang carseat ni tak perlu tapi pada saya lebih baik kita take precaution sbb apa2 pun boleh jadi masa tgh travel dgn anak😌
Beli carseat yg sesuai dengan umur..mostly mmg carseat ada yg blh pakai nb smpai 4-5y.. byk jenis sgt lah.. Bagus sgt sgt ajar dari kecik.. nnti dh 1y 2y diorg sendiri nk duduk kerusi diorg sendiri.. kita pun free sikit tgn utk baby safety jugak.. bby nangis2 mngamuk tu mmg biasa utk permulaan.. ibu kena kental hati sikit Anak sy dri nb smpai skrg 3y Alhamdulillah elok sihat takda sakit pinggang. Dont worry okay.. Org tua2 ni mmg sis, kdg yg bagus bg diorg tak bgus.. yg tak bgus bg diorg bgus.. awak ibu dia, awak yg tentukan.
kiri gmbr first time baby sy dlm 12 hari naik car seat otw balik kampung dr selangor ke n9 utk pantang. gmbr kanan baby sy 40 hari masa naik kereta letak dlm carseat smlm. okay je. just kena beli yg utk newborn n pndai2 lah setting. baby sy siap lena lg spnjg dlm kereta duduk dlm car seat. sng. jalan berejam xyah pgg pun. x lenguh tgn. sy pun bg dia susu bdn dlm botol atas carseat je. sbb mls nk pening2 ambik cabut dr carseat sbb nk train siap2 bila masuk kerja awal bulan 5 nnt.
Sis beli carseat ni kat mana ya? Ada link tak?
Mandeii je pinggang baby sakit. Suami sy kerja MiROS. Research centre utk road safety. Tak ada kajian ye pasal tu..kajian pasal kecederaan dan kematian bayi dan kanak2 ada bila tak pakai carseat. Carseat beli yg ade iktiraf safety dia, n biasa 300-500 pun dah dpt yg dr newborn sampai 12 thn boleh pakai. Jenis ni siap ada padding utk baby newborn. So mommies, tlg titik berat kan carseat utk bakal baby anda. Kumpul duit dari awal. InsyaaAllah dimudahkan.
bli carseat yg sesuai tuk newborn and bleh pakai spi 5 or 6 tahun.. newborn xleh duduk dpm carseat ya, dia kene baring.. kalo di dudukkan tegak mmg ler sakit pinggang sbb x sesuai tuk umurnya.. anak sy dr baby br lahir dh mmg dok dlm carseat spi skrg dh dekat 3 tahun.. carseat sy jenis bleh latas ikut umur, nk baringkan ker, nk sandarkan or dudukkan ker, smua bleh..
carseat newborn sis. bentuk melengkung sesuai dgn spine baby. baby sy sangat selesa dlm carseat pantang tayar golek mesti lena. klau sy pegang dia susah lena. nnt kepala senget lah, kaki terjuntai lah. sy pon lenguh..anak xselesa ibu pon xselesa. so kesimpulannya jgn dgr ckp org. carseat mmg diciptakan ntuk baby. yg penting pilih ikot kesesuaian umur & poket anda
Pastikan carseat ikut umur dan monitorlah, kalau baby tak selesa mesti kita tau kan, anak saya lagi selesa guna carseat (tidur pun lena & lama) & yang penting selamat. Yang cakap pinggang baby akan sakit tu ada kepakaran @ rujukan ke? Kalau tidak, abaikan je, keselamatan anak nombor 1
alasan tu majority dari org2 yg takmau susah payah or renyah keluar duit utk keselamatan ank,apa lg nak train ank. jd kesimpulannya depa akan create 1 alasan dan dipercayai oleh org2 yg malas nak cari ilmu,maka berterus terusan la mcm sms berantai klau xsebar akan masuk neraka 🤭🤭🤭
Anak saya dari keluar hospital lepas bersalin dah diajar duduk car seat, sekarang dh 4 tahun duduk carseat, alhamdulillah ok sgt.. klau travel jauh, pastikan max 2 jam je duduk dalam carseat.. pas tu berenti and bawak bby keluar dari carseat..
Nur Atiqah