saya telah melahirkan 7 org anak, ada yang sy amalkan air selusuh dan ada yang tidak. kalau saya amalkan saya akan minum dr 7bln kandungan lg. semasa melahirkan mmg rasa spt dipermudahkan.tetapi saya tidak setuju jika ada yang kata air selusuh tu yg menyebabkan contraction, bg saya, saya minum air selusuh tu hanyalah ikhtiar atau doa utk permudahkan urusan saya bersalin. ada juga saya tak amalkan air selusuh sama je rasa kesakitannya. yg paling saya rs pelik anak bongsu saya, saya dapat pengalaman contraction lambat buka,lama menahan sakit walhal biasanya anak yg ke byk kelahiran sptutnya lebih mudah.kebetulan pula saya xamalkan air selusuh.jadi pada saya yg membuatkan mudah bersalin, jalan cepat buka adalah dari keadaan diri kita sendiri.