29 Các câu trả lời
Hai, saya cuba share apa yang saya ikhtiar untuk hamil ya. Mana tahu sesuai dengan sis dan suami 😊 1) puasa caffeine. Saya dan suami puasa caffeine dalam tempoh ttc, susah sebab dah biasa bergantung pada kopi/nescafe waktu pagi, tapi sebab ikhtiar kita puasa dulu. 2) exercise ringan. Both of us berkerja jadi kami ambil masa hujung minggu untuk berjalan setiap pagi, ambik angin pagi, tak jogging pun sekadar keluarkan peluh. 3) minum jus delima. cari yang pure orang perah depan mata without tambah gula. Ada jual dekat pasar malam selalunya. 4) track waktu subur. period saya tak teratur jadi saya agak-agak je beberapa hari lepas habis period saya dan suami akan fokus untuk bersama (kalau weekend boleh try dua hari sekali kalau larat hehe). 5) position ketika bersama - biasanya lepas suami dah lepas saya akan peluk peha ataupun letak bantal supaya punggung saya keatas. Selesai suami mandi baru saya pula bersihkan diri. 6) dah ikhtiar kita berdoa. Kalau memang rezeki kita in shaa Allah, Allah beri tepat pada waktunya. Jangan stress-stress, be happy with our life, kadang-kadang waktu kita tak fikir sangat time tu Allah tiba-tiba bagi ‘hadiah istimewa’ ni. Saya doakan awak dan mommy2 yang sedang ttc dipermudahkan urusan dan diberikan rezeki seperti yang kalian hajati. Aamiin ♥️
Puan. Sy xde amalan sgt tp sy blh share.. Sblm ni, mcm2 dugaan sy hadapi termasuklah pcos. Sy sedih sgt, pstu ad seorang hamba Allah ni share.. Jika berhajat sesuatu, amalkan surah Al fatihah 41x.. Baca dgn bersungguh2.. Mintaklah sihat tubuh badan, diberikan rezeki pd wktu yg sesuai n secepat mungkin, sy juga kerap beri sedekah,. Setiap penerima tu sy akan mintak mereka doakan sy n suami dpt zuriat. Setiap bulan juga sy akan berurut untuk elak stres, betulkan peranakan. Alhamdulillah masyaallah kuasa Allah yg maha esa now sy dh pregnnt 4bln 😊 kdg2 kita terlalu hrpkn org, ubat utk dpt zuriat smpi lupa nak minta sungguh2 dr yg maha esa ♥️♥️
Puan,try minum susu efferty..saya minum tuu,Alhamdulillah sekarang mengandung..jamu2 semua saya stop dan focus pada susu tu sahaja..suami pun kurangkan merokok..lagipun susu Efferty tuu,Doctor Medical yang formulakan.. Saya start minum sehari sebelum period,baru minum tak habis 2 kotak (sachet yang ke 27,1 kotak ada 15sachet) & saya dah dapat upt 2 line.. Saya beli susu Efferty tuu tak ada yang recommend pun tapi sebab saya nak beli susu kambing then terjumpa iklan susu Efferty di shopee..terus saya grab,saja2 mencuba.. jangan lupa minum air banyak ya puan semasa minum susu tu..itu sahaja tips saya🥰 semoga ia menjadi asbab untuk puan..
sy amalkan jamu..dlm mse yg sme kne jaga pemakanan dan minuman ..kurangkan mkn dan minuman yg manis2..tp mse sy ttc amalkan jamu sy memg tk makan n minum yg manis2 langsung . air bergas , kopi or tea pun sy tk minum ..smpai org semua gelakkan sy ckp sy ni bukan2 je semua tk blh mkn ..pdhal diorang tk thu betapa strugglenya sy untuk ttc ni.alhamdulillah..berkat doa dan usaha sy..bru org fhm kenapa sy tk mkn semua tu . #8weeks3days
sis amalkan doa nabi zakaria dan usap pada rahim tiap kali lepas bersama, atau bila2 saja bila sis ingat. tiap bulan cuba mengurut rahim dan satu badan. amalkan air kelapa muda tanpa gula tiap kali awal haid hingga habis. dan cuba amalkan royal v keluaran rozita ibrahim. dan selalu bgi kucing makan dan minta kucing doa moga puan dikurniakan rezeki anak. cuba tanpa putus asa. dan sentias berdoa jugak pada allah😊
Teruskan dgn pemakanan yg baik dan sunnah, teruskan pengambilan folic Acid, ikut tips org dulu2 cmna nk kasi mudah lekat ketika sedang bersama, kurangkan stress, cek klu ada cyst atau x, dan jgn putus asa berdoa. Boleh try minum air tawar doa kiai, solat hajat dan kirim doa org yg ke mekah. Semoga dipermudahkan dan dimakbulkan hajat Sis ❤️
pengalaman sy lepas buang tiub rahim sblah kanan, susah nk lekat.. lepas tu ade lekat pon beberape week akan gugur sbb rahim x kuat.. lepas 1 tahun lebih sy prgnant, minum buah zuriat.. suami isteri.. pastu sy mandi bunga(mandi sendiri) utk sucikanntubuh dari segala anasir2 jahat.. alhamdulillah prgnant trus.. skrg dh 24week 2 day
sy pun ttc selama 6 tahun...tahun ke 6 Allah bagi rezeki hamil...apa yg sy buat...sy jaga pemakanan..makan makanan yg sihat mcm mengamalkann diet suku suku separuh..minum susu low fat(jenama sunlac)..makan buah2x..bersenam contoh berbasikal,erobik n lain2x..bykkan berzikir,bace al quran n solat tahjut..
Sy ttc hampir 8y utk anak ke3... Terlekat yg ni, lepas sy buat bekam... X tau la kebetulan ke apa... Doa jgn putus, bykkan sedekah dan yg penting usaha... Sentiasa alert dgn tarikh subur... Jgn stress dan dgr ckp org... Semoga sis dan suami dikurniakan cahaya mata... ❤️
cuba amalkan uncang buah zuriat produk dari Srisari ataupun boleh amalkan minuman kesihatan Bonda Rozita-Royal V...sis amalkan secara konsisten 3 botol"alhamdulilah..kehamilan anak yg ke-3 setelah menanti 12 tahun..kita sm² iktihar kn.
Anonymous