luahan hati

Haii semua..sorry mngkin keluar tajuk drpd objektif aplikasi ni..tp sya buntu dan sgt² perlukan pndapat drpd korang smua memandangkn kita ni sama² prmpuan..sy prcaya sy akan dpt kekuatan n jln pnyelesaian drpd anda smua😥 Sy dan hsbnd start kenal² thn 2015..pda awalnya smua ok je..gaduh2 pn gaduh2 syg je..smua nmpak indah..smpai la thn 2017 hbngan kami makin teruk..hsbnd makin keluar perangai sbnar..asal gaduh je mesti maki² sy..dia akan sial² kn sy..ckp babi,anjing,fuck u,prmpuan plg teruk dia prnh jmpa,mnyesal jmpa sy.dan smua laa ayat² makian(maaf tulis prkataan kasar..hnua nak bagi tau jee apa prkataan yg dia ckp)lepas dah maki² terus block..n then sy akan nangis² call dia bnyak kali sbb dia reject.. Pndekkn crita..thn 2020 dia curang balik..sblm ni dah prnah curang tp xtau kenapa sy susah nak lepaskn dia😌😌dia mnta maaf n jnji xbwt lagi..tp dia buat lagi.. Masa tu prsn sy dgn dia dah makin hilang sbb rasa x d hargai. Sy pelan² lupakan dia..jauh d sudut hati mcm ada perasaan lega dan bebas bila break dgn dia.. 4bln lepas tu dia nangis² kata mnyesal break dgn saya..siap suruh mak bapak klrga² dia call sy..suruh pujuk sy spy balik dgn dia..adik² dia slh kn sy spnuh ny..kata sy xbg dia peluang..enth dah berapa bnyak peluang yg sy bagi..mak dia pula apa lg..backup anak la walau pn dah terang² anak dia slh..call sy bnyak kali sruh sy gtback dgn anak dia.. Sy sgt2 stres masa tu..stiap kali org sbelah sma call mesti sy menangis xkira tmpat dan keadaan..xpeduli org tngok sbb sgt trtekan..sakit hati yg dah semakin sy lupakan macam dikorek balik..rasa sakit dia terasa kmbali.. Dgn rayuan2 dari dia dan klrga dia maka cairlah hati sy tnpa brpikir panjang..tnpa pkir mcm mana dia buat sy sblum tu..sy brmimpi trlalu tnggi dan jauh..prcaya yg dia dah btul2 brubah.. Bln dsember 2020 tunang trus kawin..syukur dpt rezeki awal.bunting pelamin..dari awal kndungan smpai 7mnth kami x dduk sma2..dia krja bndar sy dduk kg.. Spnjg itu la..dia ulang balik apa yg dia prnah buat sblm ni..sy ajak vc dia taknak..dia kata mls nak tngok muka aku..ckp bukan kiamat pn esok knapa nak trhegeh hegeh vc..dgn org lain snyuman bukan main lebar😌dgn prmpuan2 lain lagi ringan je tngan dia nak ajak vc nak ajak chat tnpa d suruh😌sy sruh dia brhnti buat cam tu dia ckp sy trlampau kongkong dia..dia block sy..nampak sgt prmpuan lain lagi pnting dari sy.. Sy buat kputusan nak tnggal dgn dia sbb xtahan dgn cara dia layan sy..dgn harapan smua akan jd lebih baik klw tnggal sama² Tapi hnya mimpi la😂dia slalu mrh²..prkara kecil pn dibesarkan..smua salah sy je dia nmpak.. Dia dah nmpak sy depan mata dia dgn keadaan sarat mngandung jalan mcm zombee sbb tulang sakit sana sini..dia nampak sy xdapat tidur mlm..dia nampak sy xlarat nak buat kerja..dia nmpak sy xselera nak makan masakan sendiri..dia nampak sy selalu xmakan sbb xselera..kadang sehari lngsung xmakan.. Tapi😌bila sy ckp penat xlarat buat kerja dia akan tengking sy..ckp sy ni mengada ngada org lain boleh je buat.. Bila sy lewat bangun pagi (xlewat sgt pun plg lewat jm8pagi)dia akan ckp sy kuat tidur xpikir dia penat kerja..xkesian tngok dia sediakan baju² kerja sndiri..xsediakan air..apa yg sy buat dia xnmpak😥bukan stiap hari sy lewat bangun..dia xprnah pikir..slalu sy bngun jm5 sediakan sarapan sediakan bekal sediakan baju kerja sediakan semua kperluan kerja..dia balik kerja tgh2 mlm jm12 pagi kadang jm 2pagi sy bangun juga sendukkan nasi sediakan atas meja walaupun sy xdapat tidur lepas tu😥terleka sikit terus kata sy ni pemalas😥 Sy mengidam ssuatu dia mrh²..ckp sy ni mnyusahkan..kdang dia buat xdengar je..klw sy ikut dia ke kedai/pasar dia akan mrh² pdahal sy nak cari mkanan yg sy mngidam je sbb klw harapkan dia mmang xkan dapat la.. So last² sy just pandang je makanan yg saya mngidam sbb dah dia mrh²..ckp mahal..ckap xperlu beli😥 Pernah sekali tu sy dah lapar sgt sbb makan mkanan d rumah mmang tekak xnak terima..sy teringin nak makan nasi goreng..dia cakap "belanja sy makan 1kali dah 10rnggit..tmbah mkanan ygkau nak saya belikan dah 20rgt..makan jelah mkanan yg ada d rmh"😥 Lepas brsalin..blm smpai 2mnggu dlm pantang dia dah maki² sya😥punca ny kecil je..dia tnya sy hujan ke x ..sy jwp la x sbb mmanh xhujan msa tu..dlm 5minit hujan turun..tba2 dpt chat dari dia..dia maki² sya😥salah sy ke klw hujan tiba² nak turun??😭😭😭 Dah tu mak mertua balik kg pula xhabis jaga sy dlm pantang. Baru jg 2mnggu..sy la yg buat krja rmh smpai luka caeser trbuka..brnanah..brdarah Pernah sekali sy dah xlarat sgt nak brgerak sbb luka czer dah brdarah..sakit..sy sruh suami gorengkn ayam dia ckp xpndai goreng..sblm ni elok je dia goreng ayam goreng ikan..smpai mlm dia xmasak..tahap lapar sy mcm dah nak pengsan..trpksa sy masak jugak dgn keadaan tertunduk2 mnangis2 tahan sakit Skrg anak dah 6month. Sejak anak masih 1bulan lg dia dah sllu ckp nak cerai stiap kali gaduh..dia akan ckp mnyesal jumpa sy..mnyesal kawin dgn sy..dia nak cerai.. Stiap kali sy mnta duit utk beli kprluan anak dia akan ungkit semua..dia akan badmod terus..dia anggap mcm anak ni mnyusahkan..sy xminta duit nak shoping kprluan sy pun😥sy mnta duit utk beli susu ,,pmpers dan mkanan anak je.. Selipar yg sy guna skrg pn selipar dari bln januari 2020..nasip la selipar sy ni tahan 😂klw x dah jadi 1bahan sy kena mrh mnghabiskan duit utk beli selipar hrga 10rggt😂 Dgn anak dgn istri brkira..tp balik kg mak bapak dia..senang je dia belikan tilam hrga 400 wlau pun tilam dorang masih elok baru d beli.. Prnah 1kali sy ckap nak beli almari sbb baju² semak klw xmasuk almari..dia marah🤣🤣siap kata sy jenis nak yg mewah²..sy suruh beli almari jenis kain yg hrga bwh 100 je pun..bukan harga 400mcm tilam dia beli😂 Dia bukan xada duit sbnar ny..duit tu ada..bahkan lebih dari cukup tp tula..habis dekat adk bradik dia ..abg dia nak beli motor hsbnd sy yg tanggung..adik nak beli tayar kereta dia kena bg duit..bukan nak kedekut tp tunaikan dlu tnggungjwp kpd istri dan anak..adk bradik dia bukan xda duit..pndapatan mereka lg tnggi dri hsbnd sy😌 Kla..tu je..dah trlalu panjang pula.. #bg pndapat apa perlu sy buat😥😭

28 Các câu trả lời

Hi Assalammualaikum. Cuba perbaiki . Kalau tk boleh jugak . Dia nak cerai , cerai jelah . Kita kena jadi perempuan and tkperlu mengharapkan husband mcmtu . Kalau saya , sy mmg angkt kaki jalan . Baru anak satu , kita pun Allah kasik sihat tubuh badan . Mana tahu lepas awak mulakan hidup baru , mesti ramai yg nak . Mesti ada lagi baik . Sebab kalau keadaan mcm awak cerita , nampak gayanya husband awak mcmtu jelah smpai bila2 dear . InsyAllah mulakan hidup baru . Kalau dia asik maki hamun , jatuh dah maruah kita sebagai perempuan . And tk hargai kita . Sy berkahwin 2 tahun . And baru dikurniakan zuriat . Org lain semua nak anak , org lain nak smgt rezeki zuriat . Tapi husband awak cakap anak menyusahkan . Allahu sedihnya dgr . Apa pun awak kena fikir mental awak jugak . Kalau pada pendapat sy , sbb ni mcm kronik Bila lelaki curang sekali , dia akan curang berkali2 . 1) tinggalkan husband atau proceed je cerai 2) mulakan hidup baru 3) cari pendapatan sendiri atau niaga jadi dropship suapaya tk susahkan sesiapa 4) lebih focus pd anak Kalau awak nak truskan perkahwinan awak dgn husband amd tkleh nak move on atau sayang husband sngt2. Awak try lah usaha semdiri tanpa meminta2 dgn sesiapa . Berniaga pape jadi dropship dulu . Cari duit belanja2 dri sana . Jadi je mcm mcm dropship . Belajar slow slow kumpul hasil . InsyAllah ❤️❤️❤️❤️❤️

Hai...jika sis xda rumah/wang..sis maklumkan kpda ibu bapa dulu..sis siapkan dokumen dn failkam cerai di mahkamah, print wassap yg penuh makian, rakam suara y penuh makian, print jika ada sebutan nafkah istri dn anak, penderaan mental....tinggalkan surat bhagian lelaki d rumah untk tndatangan, dn sis boleh kluar rumah...balik rumah mak ayh sis...😊 wlpn sya x lalui smua ni, tpi sya nmpk pglaman ibu bpa sya...sya trtnya2, knpa sis memilih untk bertahan ?? sis boleh nampak kan masa depan sis dan anak ?? itu anak satu, jika lepas ni ada anak lagi ?? jgn tutup mata sis plese...sis kena fikirkan diri sis dn anak sis tu, jgn slamanya brgelumang dgn air mata hnya kerana benda y sia2...😪😪sis boleh dn mampu bsarkan ank tu...sis akn dpt hak pnjagaan jgn risau...sis kena fight tkut suami menipu d mhkmh nanti...😊 selepas smuanya selesai, sis akn lega. carilah kebahagiaan sis sendiri, awal2 tahun memang struggle tpi jgn lupa anak tu amanah di sertakan dgn anugerah rezeki...

Once a cheater always a cheater. kesilapan byk wanita bila sebelum kawin Allah dah beri petunjuk tapi teruskan dengan pilihan yg terang² dah dapat petunjuk, Kalau ada zuriat dan masih lagi perangai mcm tu, fikirlah. Dah berlambak contoh macam ni. Nak kena kantoi berapa kali lagi baru nak lepaskan?? Jodoh itu pilihan, dan curang juga pilihan. Kalau lelaki kaki pompuan dan dia pilih puan untuk kawin.. Tu maksudnya puan bukan menang pertandingan dapatkan dia ya. Tu maksudnya laki puan nampak puanlah pompuan paling lemah untuk dia pergunakan. Kalau dia betul cinta puan, lepas kawin dia takkan buat hal lagi. Ini tetap buat.. Maksudnya ape tu? Fikirkan lah.. Nak merana sampai bila?? Dan lelaki dalam situasi puan takkan pernah 'hargai' peluang yang diberi. Move on puan. Puan layak untuk bahagia. Saya doakan puan diberikan kekuatan dalam membuat keputusan dan terus bahagia dengan keputusan yang puan buat .🌹

VIP Member

hurm. puan dh try berbncng dgn suami puan dr hati ke hati ttg apa shj yg puan tidak puashti kepadanya??dan dh try bincng dgn suami bagaimana utk menyelesaikannya?? dari apa yg puan cerita ni bagi pendpt sy jika puan rs mcm puan btl2 rs xblh dh nk bertahan dgn rumah tgga puan..better puan rujuk kepada pejabat agama untuk dptkn nasihat atau kaunseling terlebih dahulu..jika tiada perubahan apa2 selepas suami puan di beri kaunseling.... puan blh pergi ke next step untuk failkan penceraian dgn suami puan..jika puan rasa dah tidak bersefahaman..tidak bahagia .serta memudaratkan puan dari segi mental.. emosi fizikal puan spnjng mnjd isteri beliau puan blh mohon utk bercerai...sbb puan pn berhak tuk bahagia..mg dpmudahkan segalanya..aamiin...

VIP Member

tolong fikir diri sendiri dan anak. Utamakan kebahagiaan diri sendiri dulu. Anak masih kecik tak apa. Kalau nak suruh berbincang cara elok, saya rasa memang dia jenis tak layak untuk awak sebab dia tak hargai awak. Dia dah pun pernah rayu2 dan konon memyesal sebelum ni, tapi terjadi lagi malah lagi teruk. Bincang je dengan dia di mahkamah. Jangan cair lagi. Cari la kebahagiaan sendiri walaupun susah sgt. Perlahan lahan bina diri, bina hidup baru. Please, awak kene tinggalkan dia secepat mungkin untuk kebaikkan mental dan fizikal awal. Dan awak mesti taknak anak tengok dan rasa semua ini kan. Family dia pun toxic untuk awak. Maaf ye cakap semua ni. Bagi saya, ini bukan negative comment. Tapi saya nak dorong awak untuk tabah dan BUAT YANG BETUL.

Sedih baca kdg geram jgk . Sis bole fkir dah tu bukan nak batu api kan sis lg , better sis boleh dah bdikari . Mmg la soal anak tu penting tp kbajikan pun dah tgok dia abaikan . Tak kesah la anak nnt tnya mana ayah dia , ckp je bnda yg baik2 . Tp ksian kat sis , tem prgnnt pn dah kena layan mcm tu . Dah 1st bby mcm tu perangai , nnt dah anak ramai mcm mne ? Huhu . Better bt kputusan yg baik laa sis biar berat tp utk kbaikan sis . Tak mustahil satu masa dia bole pukul sis hah tak ke lgi sakit tu .. tp tu pendapat sy je sis , wanita ne akan kuat sebab adanya anak2 . Llki blkng crta , sbb llki yg baik tak akan bt bende tu kn wanita yg dia sayang ❤️

sis xpyh la bsabar lg sis dgn suami mcmtu..dia mmg xakan pernah berubah kn..bila nk buat2 sayang,bila xnk buat mcm sampah..cukup la tu sis menderita,terseksa jiwa raga..jgn sampai depression pastu nanti bunuh diri pulak..minta di jauhkan la perkara mcmtu...lelaki kalau mudah bkata cerai bila gaduh2 nie,takut betul2 dh jatuh talak...sampai bila sis mampu bertahan dgn lelaki mcmtu..sampai anak 5,6,7?????...sis yg boleh decide sendiri..kalau terbukti dia ada perempuan lain,video col dgn perempuan lain,curang,simpan bukti tu semua..p pejabat agama..kaunseling dulu..pastu buat keputusan terbaik..semoga ada kebahagiaan utk sis...

maaf sis, kesilapan pertama awak terima suami awak balik sampai ada anak. tapi dah lepas kan. advise saya sekarang sementara anak kecik lagi kalau dia minta cerai awak terima je. saya takut anak awak hidup dalam keluarga toxic dapat bapa jenis memaki hamun tak pandai tolong isteri tengah sakit. orang akan cakap anak tak cukup kasih sayang tak ada bapa, but no. sebenarnya anak lagi kurang kasih sayang bila perangai bapa macam tu. anak puan akan membesar dalam tekanan. puan dan anak berhak bahagia. berkali peluang diberi tapi tak dihargai.

sedihhh...😢😢 sakit hati sgt2 sis.. allah uji tanda syg..sabar dan kuat utk ank wlaupun xmudah..sis dh okk sis kumpul kekuatan utk buat kputusan yg terbaik sis..kita kena syg diri kita sis..wt pe kita nk hidup dmaki hamun..kita layak bhagiaa..jgn simpan lama2 sis..if dh xdak hati, sis pikir la masak2 ya..tnggungjwp sbg suami semua dia culas..kalau mcm ni hidup tak berlaki pun xpa sis..in sya allah buat keputusan yg terbaikk...nnti allah ganti sesuatu yg lagi baikkk utk sis..smga sis kuat yaa..

Pendapat saya. Untuk masa depan sis hati sis . anak sis .. ada lebih baik bepisah. bukan nak runtuhkan masjid yang dibina. tapi sis pon boleh fikir " masjid yang ' terbengkalai' tak boleh nak diselamatkan kalau dia tak ada kesedaran" Ke depan anak sis akan membesar , sis suka ke tengok anak sis pulak yg dicaci maki ? sedangkan sis yang penat , perih lahirkan dia .fikir lah untuk masa depan anak sis .🥰

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan