Pemakanan bayi.
Haii mommies, my baby dah 6m+ tapi belum mahu makan. try bubur dilenyek2 x nak, bubur yang di blend pun x nak. nestum pun x nak klu pakai sudu. now, my baby makan nestum + susu guna botol. yang tu dia nak. haippp, buntu dah. sapa2 boleh bg idea or memang normal baby camtu 😫
Mommies, awal2 ianya memang normal sbb baby baru nak kenal texture bubur. Baby makan 1-2 sudu teh tu pun dh ckup sbb bawah 1 tahun masih lagi bergantung pada susu. Elakkan bagi nestum sbb kandungan dlm tu ada gula, nanti anak dh biasa dgn benda manis. Kalau boleh, tak nak ada gula garam. 3 hari pertama bagi bubur kosong je dulu sbb perut baby ni sensitif, senang mommies nak tahu baby ada allergic ke atau sembelit. Baby tolak2 mknn tu ianya normal. Dlm bubur tu boleh letak susu badan sikit, kalau fm elakkan.
Đọc thêmKena tgk tanda baby tu dia dah ready belom nak terima makanan selain dari susu. 1. Mampu kawal leher kiri kanan 2. Boleh duduk dgn sokongan 3. Tak kenyang dgn hanya susu/semakin kerap menyusu dari biasa 4. Pandai menolak susu apabila kenyang 5. Mula memasukkan tgn ke dlm mulut Ini sy ambik dari buku Dr Amalina Mohd Daud. Dia banyak ajar pasal pemakanan bayi
Đọc thêmHehe, oke jek sis, jgn pksa dia, mgkin dia blom ready.. nnti slow2 sis buat semula bubur yg diblend tu, kena ajak dia main msak2 pastu makan2 la kot,baru dia nak join sesuap dua..hehe..
Thanks mommies 😍 😘
Klau ada facebook blh join group resepi makanan bayi...byk mommy dalam tu yg boleh jawab soalan2 cmni dan resepi2 makanan baby...Moga membantu
kalau boleh jgn bg nestum, nanti baby lagi susah nak mkn.. sbb dah biase mknn manis..
Mommy to Aaira Sofea