6 Các câu trả lời
Hi saya anak first baru bersalin 4/7 haritu. 40w 2d , sepatutnya due date 2/7. Masa serah diri doktor bagi induce ubat, lepastu heartrate baby tak ok, and mommy dia pun kerap sangat contraction tapi tkde bukaan, so diorang keluarkan balik induce ubat tu. Serik rasa kena induce ubat 😭 , tapi alhamdulillah lepas buang tu tak lama lepastu datang natural contraction. Subuh esok tu terus keluar tanda darah lendir & air ketuban leaking sikit. Doktor cadang nak induce belon jika takda bukaan subuh tu, alhamdulillah tak jadi sebab dah datang natural contraction. Ptg tu lepas husb pujuk baby suruh keluar, baru dtg strong contraction. Then diorg tolak labour room, 11jam contraction, keluar la bb girl at 4.25am dengan berat 3.3kg secara normal 🥰
Saya overdue 2 hari..beranak pada 40weeks 2days. Alhamdulillah secara normal. Memula risau jgk sebab takde turun tanda langsung & rasa contraction. Tp mmg 2 minggu sebelum bersalin tu saya kerapkan je buat exercise utk mudahkan bersalin & cepatkan bukaan. InshaAllah membantu..Saya tak sampai sejam masuk LR dah bersalin. Cuma hari nak bersalin tu je sakit contraction kuat sangat dari pagi sampai ke petang duk tahan.
Anak 2nd, sy bersalin 40w3d. Saya ke hospital sebab rasa tak sedap hati. Saya kerap ulang alik toilet rasa nak berak tapi x ber*k jg. Rupanya bukaan dh 9cm. 10cm baru teran sbb nya waktu dtg hospital 9cm saya masih rileks x tunjukkan rasa sakit.. Air ketuban sy doc yg tlg pecahkan baru sy mudah nak teran baby keluar
Sy bsalin 41w. Masa serah diri (40w4d) jln 1cm & ada contraction (tapi sy tak sakit). Terus kena admit wad, induce belon. Buka belon jln buka 4cm tolak LR, induce drip. Tp takada rezeki, tpaksa tolak OT sbb dh 10 jam jln xbuka full.
anak ke4 sy 40w5d admit wad,malam takbir bukaan 4cm terus masuk LR, DR saran ceaser sbb jantung bby dah lemah..tp lain plak jadinya kejap dah 9cm..sy bersalin dlm dewan bedah..🤣🤣
saya overdue kena induce tapi takda rezeki bersalin normal sebab jantung baby lemah kena emergency ceaser ..
Anies Aniesha