25 Các câu trả lời
Saya check up swasta so far mmg details as KK, tak ada pulak kata tak wajib, saya pun 30w dan takda sejarah keluarga kencing manis. Dua kali pulak tu minum air gula, first on 14w, second on 28w. Saya rasa is better awak tu ambil air gula, sbb kalau just incase awak nak beranak kat gov nanti, kira tak lengkap tu buku checkup awak.. kang kene bebel lak dengan nurse gov 😂
sʏ ᴜᴍᴜʀ 22 ᴅʜ 19ᴡᴇᴇᴋ ᴘᴜɴ xᴍɪɴᴜᴍ ᴀɪʀ ɢᴜʟᴀ sʙʙ ᴍᴀᴋ sʏ ᴅᴀʀᴀʜ ᴛɪɴɢɢɪ... ᴍɪsɪ ᴀᴅᴀ ᴛɴʏᴀ ʜʀɪ ᴛᴏ ғᴍʟʏ ᴀᴅᴀ ᴍᴀsᴀʟᴀʜ ᴀᴘᴀ... ʙɪʟᴀ ᴄᴋᴘ ᴅʀʜ ᴛɪɴɢɢɪ ᴍɪsɪ xᴊᴅɪ ɴᴋ ʙɢɪ ᴍᴜɴɪᴍ ᴀɪʀ ɢᴜʟᴀ.. sʙɴ xᴛʜᴜ sʙʙ xᴛɴʏᴀ
klu 24w tu berat mendadak naik or sblm 28w berat mendadak naik even underweight or xda sejarah kencing manis baru ambil air gula tu klu swasta sbb saya mcm kamu jugak..tapi klu smpi 28w berat cntk tapi baby besar sgt or air ketuban bnyk dorg suruh tu ambil air gula takut kencing manis..swasta lain2 rules..gov semua rules standard..
Hai. Saye pulak nurse bgtau on week 28. Risau juga sbb org lain bnyk nya week belas belas dah minum. Nurse cakap saye takde masalah juga. Harap minum sekali tu jela. Btw saye now nak masuk week 24. Tapi setahu saye yg takyah minum ni below 23 tahun kot. 28 ke atas mmg dorang akan bg minum sbb kite dah nak masuk 30 an. Saye 29 tahun. Maybe awak kena confirmkan balik.
If risau and nak request untuk minum and test tiada masalah and boleh request and inform doctor ☺️ Biasanya yang tak peru minum, those yang tiada risiko, result semua cantik, pregnancy insyaAllah okay, but jika nak minum boleh sahaja request Saya suka minum air gula hospital, even result checkup alhamdulillah okay, sbb sedap boleh pilih flavor 😋
Ikut tmpat rasanya sis. Saya check di kk. Masa pregnant umur 24 and sejarah fmly takda kencing manis. Cuma darah tggi. Nurse kata tak perlu minum air gula. Kalau umur 27 ke atas wajib air gula wlaupun sejarah fmly takda yg kencing manis. Kalau bawah umur 27 tp ada sejarah fmly kencing manis pun wajib mnum air gula. Itu kt tmpat saya lah.
Sebab2 kena minum air gula : 1. Umur lebih 25 tahun 2. Family ada sejarah kencing manis 3. BMI overweight Sy pun mcm sis 2&3 dh lepas tp sbb sy umur 27 tahun tak pasal2 kena minum jgk. Haritu nurse sampai berbincang lama jgk nk bg minum ke tak. Just sbb umur 25 ke atas mmg wajib minum. Sis 24 kan so no worries. Tak minum lg bagus 😂
kalau sy swasta jgk dlu tp sbb berat naik 5kg msuk trimster ke 2 , 20w dy dh suruh mnum air gula 🤣. dy kate wajib ..ah sudah terus g kk. skali kk pun sme . smlm bru mnum air gula kt kk xsmpai 2 jam puasa trus mntah teruk. rabu 20.7 repeat balik
sy pun checkup kat swasta. dalam buku sy tulis kalau umur 25tahun ke atas perlu amik air gula walaupun dlm keluarga takde sejarah kencing manis. sy nak masuk minggu depan nak masuk 20weeks, then minggu depan kena minum air gula. btw umur sy 25tahun
Mybe sebab sis underweight kot? Sy pon xde sejarah kencing manis, family smua pn ok. Xpe sy kene cek gula mase week 18 ari tu sbb sy overweight😌 sangkut plak gdm tp xla tinggi sgt.. so skrg ni kene jaga mkn je..
Anonymous