24 Các câu trả lời
Hi momy. Saya just nak share experience saya k 😘 Saya pun masa pregnant, takterpikir langsung utk standby susu fm sbb 100% yakin yg susu badan akan keluar & byk 😅 asbab kuasa Allah, lepas je bersalin, susu saya tak keluar langsung, kesian baby nangis lapar. Nurse, jiran katil sebelah, mak2 bersalin yg lain takhabis habis ulang ayat "takpe awak bagi je dia hisap nanti keluar lah susu tu" 🙃 Sampaikan saya membodohkan diri masih bagi dia hisap sedangkan masatu dah 24 jam lepas lahir, masih tak minum apape, berbekalkan nasihat org2 berpengalaman, saya suapkan aje puting yg kosong ni 😊 baby nangis non stop bila lepas puting. Dlm hati rasa kesiaaaan sgt dgn dia 💔 Day 2, nurse bagi fm since dia admit babycare sbb kuning. Day 3, dah balik rumah, tapi tetek dah bengkak susu still tak keluar. Dah urut, tuam, try pump, keluar pun dlm 3 titik. Serious taktipu 😞 Day 4, terpaksa beli fm (similac), feed dia selama seminggu, lepastu baru bm keluar sikit2.😪 So utk preparation awak, takkira lah awak mindset susu byk ke susu takde ke, better sediakan je susu fm ok. Beli yg bekas kecik je. Pedulikan mulut2 org yg acah2 berpengalaman tu. Lain org, lain badannya. Hehe. 🙂 And maybe tips, dah atas 7m preggy mcmtu, awak practice je pump nenen, even nampak kelakar, sbb tu boleh trigger susu keluar awal. 😚 in shaa Allah. Doa yg baik2 k. Selamat menjadi ibu 😘
Lactogen or snow baby pun ok sis. Just nak share pengalaman. Mmg mindset tu penting. Tp sis ni cuma bertanya utk preparation. Kang nanti susu bdn tak kluar baby dia yg nangis, dia jgk yg ssh sb bby xdpt minum apa. Ikut pengalaman saya, mmg dah set mindset nak bf 2 thn.. Trlalu ikut sgt org dok ckp mindset mindset... Skli masa baby keluar, sy bg tek utk dia minum tp susu tetap takde.. Org plak dok ckp, xpe bg je nanti lama2 keluar kah susu tu. Sampai ke sudah takde.. Baby mengamuk nk susu dah. Sekali ada nurse sarankan bg je FM. Masa tu lah baru kabut2 suruh suami p beli susu FM. Tp pd masa yg sama saya keep mengurut n pump breast utk bg keluar susu. Conclusion nya, tak salah survey dan sediakan susu FM awal. Takkan nak baby menangis kelaparan 2 3 hari kan? Ibu mana taknak bg BM pd anaknya? Yg penting teruskan brdoa dan usaha. Utk sementara bg FM pun tak salah, dpd baby kelaparan.
Bagi susu badan sis.. in Sha Allah cukup. Kalau Susu badan tak keluar, sis kena bagi susu ibu lebih kerap.. i used to feed baby setiap setengah jam bila i x cukup susu badan.. Nak increase susu badan dengan selamat? Dapatkan tidur yg cukup, minum air 3 liter setiap hari, makan serbuk halba, rebus papaya muda yg hijau dan minum airnya kerap, dan boleh makan motilium tablets ( boleh minta dari gynaecologist) sebaik sahaja lepas bersalin.. ia amat membantu menghasilkan susu.. makan 3 kali sehari setengah jam sebelum makan(makan utk 3 hari je). Saya juga makan Supplement jenama Himalaya iaitu Shatavari... ia khas utk ibu bersalin yg ingin increase susu badan
Xleh jugak nk ckp semua tu mindset da kalau lapa mindset pikir kenyang kenyang la gitu xyah mkn da seumur hidup ubah mindset je leh kenyang..Allah ckp da Allah xkn ubah nasib kalau kite xnk ubah..jadi xsalah pun sbnrnye nk bg susu formula..lain org lain rezekinye..anak 10 pun blm tentu setiap ank same semua nye..kt spital pun nurse bg susu formula kt nb..xpnh lg nmpk nurse df kt semua bby tu..standby je xpe..kalau rezeki anak lebih susu meriah simpn jela susu tu in case emergency nk guna ke xpun jual je kt org lain..xslh pun
InshaAllah sis boleh! Selalu mintak dalam doa kita tu, mintak biar Allah bagi rezeki mudah keluar susu badan bila baby dah lahir. Semoga kita diberikan rezeki untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun kalau boleh. Aaamiinnn3. Btw jangan pump dulu breast sis tau! Lain orang lain badan. Dah banyak sy baca bila pump breast time kita mengandung ni boleh menyebabkan contractions berlaku cepat. Wallahualam 😇
Kalau awak suri rumah better bagi susu badan je . Susu badan ni lagi banyak khasiat . Ada je air susu tu . Tonyoh je puting ke mulut baby nanti die minom la . Kalau tak bagi bengkak plak payudara kita . Dah bengkak susu kene cepat2 urut sebelum ibu demam .
Aammiinnnn .
Hm..sya pun bercadang mcm ni jugak..tapi still tak tau apa yg better for nb dan tak tinggi gula..tapi sya dgr kebanyakan org ckp,susu formula kambing.mcm karihome.tapi sya tak berani nak suggest sis,takut tak ngam.
Susu kambing x sesuai untk baby nb.. X ada kebaikkan dan x perlu pun. Ni sy dgar dlm tv3 baru ni.
Anumum okey sis..saya lepas bersalin 3 hari je dpt menyusu baby.. Dh xde susu.. 1st Guna lactogen X serasi..second enflac grow A+ sama both cirit sampai baby tempat berak melecet..last Guna anmum dah okey sgt..
Minum susu anmum berak baby warna apa ye?
Tuk awk yg btya...bleh try susu infant formula pek kcik je...mse sy, sy bli anmum pek kcik alhmdulillah ank serasi just kne kurgkn ckit sukatan susu dr air sbb newborn baby kn tkut sembelit...
Dutch lady sy bagi sementara nak ngurut keluaq susu.sy lps besalin susu x keluaq kt hsptl misi bg susu hsptl balik rumah ngurut baru la ada susu...😀
Anonymous