Frust... Kecewa
Hai semua. Tak tahu nak cerita pada siapa sebab bila fikir balik, nanti org yg tahu cerita ni akan berubah persepsi mereka. Maaf kalau luahan takde kaitan, tapi cuba salurkan rasa kecewa, sedih ni supaya tak terlalu sedih. Sekarang tengah pregnant 5bulan. Sebelum ni okay je, i thought everything was fine. Malangnya, hari tak selalu cerah. I just found out that my husband subscribe channel l*cah di Telegram. Berbayar ya kawan-kawan channel tu. Channel org jual p*ki. Kalau kalian familiar dengan Twitter/X, org panggil diri mereka as DS (dark side). DS ni macam pelac*r. Buat servis macam isteri, tapi berbayar. Mereka ni suka buat video l*cah mereka sendiri, kemudian jual dalam channel tersebut. Bukan setakat subscribe channel, siap ada chat dengan entah siapa-siapa, transfer duit lagi. Sedih sangat sebab kalau isteri sendiri mintak duit, kadang buat muka. As if menyusahkan dia pulak. Tapi perempuan mana mintak duit, senang je transfer. Sedih sangat sebab walaupun tengah mengandung, i try my best to satisfy him. Kadang ada je ajak dia bersama, tapi selalu bagi alasan penat. Rupanya penat layan video kat telegram. Should i confront him? Or should i just keep it quiet for now? Actually, masa tunang dulu pernah juga buat hal macam ni. Chat dengan entah siapa-siapa, siap bayar demi nak video p*ki. Tapi masa tu he said he'll change, and i believe him because he did change. Tapi sekarang? Tak tahulah nak buat apa bagi dia tak terjebak dengan channel bod*h sebegitu. Kadang ada ajak check in dekat hotel kalau cuti. Saja nak tukar angin, nak bagi different environment so that lagi bersemangat kan, tapi semuanya ditolak dengan alasan "mahal", "baik ...... " Nak ajak dating pun susah, sebab jenis tak suka keluar masa weekends, tak suka jem, lebih suka duduk rumah. Hmmm, kecewa dan buntu. Sayang tu masih sayang, somehow bila kecewa macam ni, hati kecil mulalah berdoa yang bukan-bukan. Sedih sangat. Nak cerita kat siapa pun tak tahu sebab org takkan expect he's like that. Thank you dah baca smpai habis. Also thank you in advance for the kind words, for the virtual hugs. For those yang in the same shoes as mine, hugsss ketat-ketat, kita cuma ada Allah. Suami ni pinjaman semata. Tak ada milik kita huhu. Sayangi diri sendiri sebaiknya ya 🥰🫂 #dilemma #areweokay #IloveyouAnak #bantujawab