Baby sembelit

Hai semua. Saya nak tanya normal ke baby dah start makan solid food akan kerap kena sembelit? Sebelum ni baby tak pernah kena sembelit. Last week baru kena sebab baru start makan. Then lepas pergi clinic doctor suggest bagi bubur and susu yang cair2. Lepas saya bagi macam ap yang doctor suggest, baby pun okay. Tapi baru2 ni baby kena sembelit balik. Pening kepala taktau nak buat macam mana lagi. Adakah sebab baby saya kurang minum air masak? Sebab dia tak suka minum air masak#advicepls #firsttimemom #firstbaby

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Recheck list ni. 1. Meal anak perlu seimbang. Ada bubur, sayur, protein. 2. Bagi buahan sebagai snack 3. MENERAN adalah proses yang normal. Stool liat seperti plastesin itu normal. Bukan sembelit. Google stool chart untuk tahu anak anda berada di skala berapa yang dikatakan sembelit. 4. Liquid intake jaga. Jika anak kurang minum air,usahakan topup cecair dari sumber lain seperti makanan berkuah, susu, homemade jus/minuman kultur tanpa gula, buah yang tinggi kandungan cecair seperti tembikai. Cuba juga ubah suhu air. beri air sejuk chiller. 5. Exercise 6. Elakkan gabungan double carbs atau makanan tinggi kandungan carbo dalam satu hidangan 7. Jika anak menyusu FM pastikan bancuhan betul dan susu serasi dengan anak. Jangan cair kan susu atau ubah sukatan susu. 8. Jika anak breastfeed normal tak poo hari hari. Dan 6bulan biasanya makan sikit je jadi normal kalau tak poo hari hari. Jika semua dah ok dan anak masih sembelit sila rujuk doctor. Info dari group Happy Babyfood Malaysia.

Đọc thêm
2y trước

Youre welcome. Boleh join group tu, di Facebook. :)