Hai.
Selepas bersalin berat badan saya sangat turun. Dulu saiz L ke XL sekarang saiz M (berat 46, BMI 17) (bidang saya besar).
Untuk menjaga postur tubuh, kenalah pakai bra sesuai kan. Lagi2 saya ni ibu menyusukan anak dgn susu ibu. Masalahnya, saya pakai bra paling kecil untuk wanita dewasa pun buat belakang bra tu ke atas. Bila susu penuh, ketat pula cup jika ambil bra saiz S/M. Tali belakang memang naik atas je lah. 😑
Lilit bawah 27, lilit atas 33.5, mana ada untuk saiz dewasa kan? Terfikir nak pakai bra budak sekolah? 😅Tak mesra penyusuan pula bra budak sekolah. Haih.. Buntu dibuatnya.
Sekarang pakai maternity bra yg beli semasa hamil 36D dan beli baru slps berat turun mendadak;32B. Dua2 tali bra naik ke atas. Tak elok untuk postur, kan?
Saya menyusu badan. Tu yg nak pemakaian bra dgn betul.
Ada sesiapa yg mahir dlm hal pemilihan bra org mcm saya ni?
Anonymous