17 Các câu trả lời

Rasanya mesti puan dah baca replies mommies kat sini explain pasal zombie eater. Ada sorang kawan saya ni pun ada camni. Jenis takboleh makan dekat kedai makan katanya bosan sbb takboleh tgk movie dkt tv/laptop/phone/tablet. Dia sejenis kena makan sambil tgk movie/drama la senang cerita. Katanya dari kecik dia jenis camtu. So bila saya mkn dengan dia berdua dekat kedai makan mmg nampak dia macam makan sikit je and tak enjoy. To me, its kind of worrying sbb dah tua kot haha umur dah 20 lebih tapi dah tak boleh ubah habit tu. sejujurnya lah saya jenis lagi suka makan tanpa screen time. Suka enjoy makanan texture dan rasa. Pastu sambil sembang sikit2 dgn suami dan anak2. Bonding pun boleh ada dekat situ. Itu sepatutnya yg kita patut terapkan dengan family kita. InshaAllah masih awal tu boleh ubah lagi ya. Cubalah makan sekali dgn anak dan borak benda ringan2 dgn anak. Bagus utk social skill, speech skills , bonding. Macam2 lagi. Abang ipar saya jenis yang suka bersembang dgn anak2 sambil makan. Umur 2 tahun anak dia takde pelat ye. Byk benefit makan sekali dgn anak tanpa screen time. Enjoy the food and bonding time sambil asah skill2 lain. Anyway up to you, kita lebih tau situasi masing2 kan. Saya hanya memberi pandangan.

Umur anak berapa? Personally, saya pernah on screen time waktu makan. But now tak bagi dah. Nampak beza bila anak makan on screen time dengan no screen time. On screen time, anak jadi tak focus, more regulate, tak enjoy food, nampak macam force feeding sebab mata tertumpu kat screen so tak aware apa yang jadi. Sebab tu bila kita suap, anak buka je mulut. Mata tak fokus pada kita yang suap tapi fokus pada screen. Saya admit memang mula mula struggle sikit sebab anak mengamuk, tak dapat apa yang dia nak. Tapi saya stay calm and pujuk. Saya kata lepas makan, baru mommy bagi tengok kartun. Kita makan sama sama dulu dengan mommy daddy. Dah makan, dah minum, dah kemas, mommy daddy bagi tengok kartun okay. BTW anak saya 2y9m. Anyhow I'm just sharing. It's up to you on what to do and what to decide.

Sama-sama. Saya on screen time waktu umur sama macam anak awak lah. Then saya realize it is not okay to do that sebab saya nampak kesannya sekarang. And saya berjaya set rule no screen time during meal time at her age of 2y. Saya pun first parent, masih belajar lagi. Again ni pengalaman saya tau.

anak sy . sy bg screentime masa makan je sbb nk bg dia duduk diam . argh tkde maknanyaa dia layan . dia tgk 1 2 min . lepastu trus blah lari kan diri. dah satu kerja sy knee mgejar dia demi nk bg makan hahahahahaha . yg sy pehati dia taknk tgk sgt tv / utube apa bagai . bukak laa apa apa cartoon ke ms rachel ke dia tgk kjp jee lepastu dia blah . dia bru 1y3m . dri bby mcmtu . kalau bg mainan ke apa , kjp jela dia nk lepastu dia lebih suka meneroka benda lain .

Tengok atas bdk juga..mcm ank sy kalau breakfast mmg akn bg fon sbbnya pg2 lg dia xde selera nk mkn pukul 7.30pg mcmtu.sblm hantar ke taska mmg sy bg dia mkn kenyang2 dulu.mmg perlu sgt fon bg dia ralik smbil mkn.keluar kat kedai mmg sedia fon supaya dia xggu org lain nk mkn.tp ank sy xketagih fon walaupn dari baby sy dh bg dia tgok fon.mgkin sbb dia selalu bt aktiviti kat taska tu yg bt dia mmg xberminat sgt tv&fon.umur ank sy dh 2thn

Sepatutnya bawah 2 tahun tak boleh ada screen time langsung 😅 nampak mcm lebih memudahkan dia akan makan sambil tengok cartoon, tapi effect dia nanti akan nampak bila dah besar sikit (umur setahun atau 2 tahun). Anak akan jadi tak fokus dgn makanan, lepas tu nak screeeeen je tiap kali makan. Terpaksa train la dari skrg utk tak bagi tengok cartoon masa makan, memang susah la awal2 ni tapi terpaksa train anak jugak

Utk waktu makan, awak try dulu no screen time. Awal2 memang susah sebab dia akan meragam tapi lama2 dia akan faham, waktu makan no screen time. Utk activities pula, bagi 1 mainan je pada satu masa. Baby ni memang akan cepat boring, dia dah bosan main 1 toy bagi 1 lagi. Kadang2 bagi remote tv, cawan plastik, sudu getah pun dorg seronok je pegang2 & gigit2. Yang penting 1 benda pada 1 masa

sis try bagi dia makan sendiri. biar dia makan sendiri tp sis perhati dia spy dia tak tercekik. wlwpn dia sepah2kan bagi je dia main dan ajar dia cara makan yg betul. anak saya cerebral palsy tp saya bagi dia pegang tulang ayam dan nasi tu sendiri wlwpn mmg penat nak kutip dan kemas balik, tp anak mmg lg fokus kat makanan dia sendiri kalau kita biar je dia buat apa dia nak dgn makanan dia.

lead to picky eater terutama nti dh bbrp tahu . sbb anak makan tengok benda lain bkn tgk apa yg dia makan. dia tak tahu pun apa yg disuap mulut, kadang dia tak sedar pn dia dah kenyang. tp kalau ada bdk yg selamat dr masalah besar ni alhamdulillah. kalau sy, awal lg baru 7m, cepat2 ubah sblm jd tabiat yg tk boleh ubah. risiko ada so sy xmau perjudikan benda tu.

follow ig solidstart. biar makan jadi waktu anak explore real food.. makan sendiri, messy, semua tu baik utk perkembangan anak. waktu makan akan jadi lama dan sepah tp anggap je sambil2 beraktiviti yg boleh develop motor skill anak. disamping akan buat anak tak jadi picky eater kalau dah besar. makan akan jadi fun so anak pun dah tak kisah klu takda screen

Tegas je dgn ank sis lgipn dia bru 7bulan. Msa ni je boleh train ank. Nnt dh bsar kepala dia lg bsar drp kita. Time mkn je kena ajr trmsuk bapa pn main peranan. Dia nngis nk jgk ke tahan je sis. Ksian dia nnt ksian dkt diri kita nnt tgk keadaan dia. Tkpelah penat dari skrg. Nnt besar ganjaran yg dpt.

Puan, cdgn saya boleh cuba ubah suasana. if ptg ada masa ,boleh bwk anak ke taman sambil2 suap baby makan. Weekend pun boleh buat. Ajak baby picnic di taman. Mungkin boleh bantu anak fokus lihat nature. If ada kucing lalu lalang, ajak dia borak2 dengan kucing.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan