Pantang czer
Hai.. sape ade pengalaman pantang sendiri beranak czer..? Boleh tak share barang2 yang perlu ade.. Jadual pantang mcam mane.. Hari ke berape boleh bertungku n urut Pemakanan nk masak ape yg senang simple Ape yg tak boleh mkan..#SeriusTanya #firstmom #ingintahu Btw sy 1stime mommy to be. Rase mcam kene pantang sendiri sbb mak ayah tak sihat.. suami jela ade pon. Tp kne kerje. Tak kerje takde income.. mungkin boleh la cuti 3 hari kot..

sy anak 1st pantang sendiri. bengkung sy guna jenis velcro yang separuh badan je. sy pakai atas dari tempat czer agak² di paras pusat. tapi pakai lepas seminggu czer. bila pakai bengkung rasa selesa sikit tak terasa berat perut tergantung 😂 tapi jangan pakai ketat². bukan pakai utk cepat kempiskan perut tapi untuk support perut yang menggeleber lepas bersalin. stokin compression beli sepasang je utk elak darah beku. yg ni saya beli dekat farmasi hospital sebab doktor suruh. ubat cair darah yang kena cucuk tu mesti habiskan. sebaiknya lepas mandi keringkan tempat czer. sy guna kipas tangan je keringkan. spender pun kalau boleh pakai yang tutup sampai pusat sebab nak elak dari bergeser dan pressure tempat czer. param pilis terpulang sis nak beli ke tak. macam sy 2 minggu pertama je pakai lepas tu tak dah sebab malas 😂 saya mula berurut dan tungku lepas 2 minggu bersalin. semua bahagaian boleh urut kecuali perut dan tempat czer. tungku pun takat tepi² tempat czer je agak² 2 inci jarak. untuk makanan, sis masak je yg rebus²/ sup² dulu. tapi elakkan makan ayam 2 minggu lepas bersalin sebab takut gatal dan naik blister tempat czer (pengalaman sy). makan sup ikan + lobak putih. mcm sy makan sup ikan siakap, kerisi, merah, salmon dan selar hitam saja. daging boleh juga kalau nak tapi kena tengok sis sembelit ke tak. kalau sembelit better elakkan. untuk tempoh 2 minggu pertama elakkan makan makanan yg ada halia, kunyit dan black pepper sebab boleh trigger kuning pada baby. ni apa yg nurse bgtau sy la. telur dan segala makanan yg buat gatal sila elakkan. lebihkan makan buah oren untuk cepatkan proses penyembuhan. setiap hari minum air rebusan kurma cina dan longan.
Đọc thêm

Mommy of 2. Soon 3 ❤️