Hai, nak share menu anak saya start 6 bulan dah bagi makanan pelengkap, seperti yg nurse di KK sarankan ada karbo, protein dan serat.
nak senang, saya masak apa yg saya makan, bezanya tiada garam , gula, msg.
1. bubur kosong @ nasi lembik
2. sup sayur ( tumis bwg putih bwg merah, masukkan air, homemade stok kaki ayam@chicken feet stock, serbuk bilis, brokoli dan potato )
3. ikan tenggiri goreng
dah siap masak semua , blend halus bg 6 months, anak saya dah 7 bulan sy blend kasar skit mcm tekstur pasir2 halus..
lepas blend boleh rasa sebati dan manis2 isi ikan tenggiri. sedap sgt. kesukaan anak saya ikan tenggiri nih.
selamat mencuba :)
Farrah Syazwani