Menu 6 - 7 bulan

Hai, nak share menu anak saya start 6 bulan dah bagi makanan pelengkap, seperti yg nurse di KK sarankan ada karbo, protein dan serat. nak senang, saya masak apa yg saya makan, bezanya tiada garam , gula, msg. 1. bubur kosong @ nasi lembik 2. sup sayur ( tumis bwg putih bwg merah, masukkan air, homemade stok kaki ayam@chicken feet stock, serbuk bilis, brokoli dan potato ) 3. ikan tenggiri goreng dah siap masak semua , blend halus bg 6 months, anak saya dah 7 bulan sy blend kasar skit mcm tekstur pasir2 halus.. lepas blend boleh rasa sebati dan manis2 isi ikan tenggiri. sedap sgt. kesukaan anak saya ikan tenggiri nih. selamat mencuba :)

Menu 6 - 7 bulan
4 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Ikan bukan tak digalakkan beri pada umur 6 bulan kan kalau tak silap saya. Kena perkenalkan lambat sikit.. dalam sekitar 9 - 10 bulan. Nasi bubur pun sama. Hanya puri buah & sayuran sahaja dahulu. 7 bulan baru boleh perkenalkan bubur nasi. Tapi kalau pakar pemakanan sarankan kamu macam tu takpelah. Saya cuma kongsikan apa yang saya faham sahaja.

Đọc thêm
5y trước

nasi tu kenalkan masa 6 bulan sis.. kalau bagi buah dulu takut dia memilih nak manis je.. ayam pun dh boleh masuk dlm bubur bby.. tp ikan 7/8 bulan boleh bagi.. ikut 4 days rule untuk tengok anak allergic ke tak

Buat stok kaki ayam tu buat macam sup ayam dulu ke atau rebus je kaki ayam tu and just mskkan bwg2 je ? Maaf bertanya cuba mencari resepi stok ayam yang mudah tapi tak jumpa 😅

5y trước

stok kaki ayam tu sy rebus kaki ayam bersama tumisan bawang putih dan merah, masukkan air, kaki ayam, celery, tomato, carrot, .. biar mereneh dlm 7 jam.. dah siap lecek2 sikit bahan tu, dan tapis. simpan dlm bekas kecil2 air tapisan. saya buat yg simple2 saja utk anak 6 bulan. lps ni 7 bulan upgrade skit masukkan rempah spt bunga lawang, kayu manis dan sup bunjut.

Super Mom

👌👍❤💕💕

Thành viên VIP

👍👍👍😍