PENGALAMAN MELAHIRKAN ANAK DI HOSPITAL KAJANG OKT 2022

Hai mummies.. Just nk share pengalaman melahirkan zuriat pertama kami di hospital Kajang. 8/10 , 12am - Kene tahan ward sbb turun tanda dan bukaan 3cm. ( Doc ckp kalau 3cm xleh nak balik dah kene warded walaupun xde rasa kontraktion). Masa ni masuk wad 6 dalam tu ada ibu2 yang sedang menunggu untuk melahirkan dan ada yang dh melahirkan tapi anak kene tahan wad dan ibu pula ada kompilasi lain. Masa ni tak de dah wad satu katil ke , dua katil ke atau 4 katil untuk kaki tangan kerajaan sbb wad yang ada dah digunakan untuk pesakit covid. Tp diriku ok je sbb kalau duk sorang memang lah selesa tapi risau penampakkn 👻 hehehe Alhamdulillah bilik selesa, ada 6 orng termasuk diriku dan tanda dekat serta luas sangat 😊Roomate alhamdulillah baik2 blako.. pakat bercerita kongsi pengalaman melahirkan.. tak de lah sunyi sangat 😊 Tido bangun, tido bangun bukaan masih belum gerak2 lagi.. duk 3 cm lg. 9/10, 7am - check jalan duk 3cm lg.. doc tlg bukakan jalan.. masa ni mak aih sakit nya sampai xleh nak duduk.. naik katil tido mngiring. heheh 9 am - Misi bawa ke labour room untuk check jalan .. check2 dh 4cm.. doc cuba bantu lagi bukakan jalan. Mula2 doc plan untuk letak diriku di labour room smentara menunggu jalan buka.. tapi memandangkan bilik penuh.. diriku dimasukkan balik dlm wad.. Alhamdulillah syukur dapat lah ku berehat dulu sementara nk bagi kurangkan sakit kne seluk.. 😊 Sakit woo kne seluk..rasa lg sakit dr contraction 🥲 12:30 pm - Husband dtg bawa kek n kfc sempena bday ku haritu.. dan tgh syok2 makan.. doc datang.. nnt lepas makan solat kita masuk labour room ye 😊 Masa ni nervous.. risau.. contration mula dtg tapi pelan2 tak sakit cuma dah mula rasa lenguh2 kaki.. asyik ulang alik tandas je.. sempat lah jugak jalan itik.. gelek punggung mcm sitijamumall ajar.. 3:00 pm - masuk labour room. Alhamdulillah sakit contraction belum banyak.. dan bukaan baru 5cm. Misi Ain dari wad 6 datang.. usap kepala bagi kata2 semngat .. Alhamdulillah tenang rasa..Terima kasih banyak misi 😘😘 dlm duk menunggu sambil zikir2 boleh pulak la tertidur.. sedar2 doc dtg kata nk bubuh ubat drip. Sedang duk tidur ttba rasa macam nak buang air besar.. Misi dan doc datang cuba bantu.. Alhamdulillah masing2 memainkan peranan mmbantu diri ini.. terima kasih semua. Husband alhamdulillah dpt masuk tapi betul2 masa bby nak keluar dah 😊 Pada 6:48pm lahirlah putera kami 😊 Jutaan terima kasih untuk semua doc dan misi2 serta kawan2 wad yang banyak membantu.. terima kasih juga buat suami yang setia menunggu dan melayan kerenahku.. 😘😘 Moga perkongsian ni dapat mmberi idea kepada first time mother to be.. 😊 P/s : 1. Sepanjang duk hospital pakai bju hospital. 2. Sejuk kat hospital jadi bawa sweater. 3. Boleh sedia termos klau nk bancuh air panas, air bole minta masa waktu mkn. 4. Bawalah bahan bacaan.. almathurat ke untuk isi masa. 5. Husband boleh masuk jika masa tu kat labour room tak ramai.. dan kene buat RTK test dulu, tp kne buat kt sne tau.. 6. Misi perlukan baju, pampers dan kain bedung untuk bby lepas melahirkan. Bawa siap2 masa masuk labour room. 7. Alhamdulillah layanan misi dan doc sngt baik walaupun di hospital kerajaan. 8. Waktu melawat suami boleh masuk dlm wad.. tp cuma 10minit je 😊 9. Waktu melawat kul 12 - 1 dan 4:30 pm - 6:30pm. 10. Bawa makanan spare sbb lepas beranak mungkin bukan waktu makan. #firstbaby #firstmom #bantusharing

8 Các câu trả lời

alhamdulillah saya pun bersalin di hosp kajang. masuk wad 6 pernah, masuk bilik isolation sorang2 tu pun pernah. best dalam tu ada water heater. bilik air di wad 6 tu takda heater mandi subuh sejuk sangat. sebelum beranak pagi tu minta izin nurse nak masuk mandi dalam bilik yg ada water heater tu. alhamdulillah takda patient masatu. hehe nurse shift malam semua baik. 1st time kena seluk dengan nurse, doktor busy tgok patient lain. masa saya bersalin mak sedara (sister) yang sambut. doktor semua tak sampai lagi. doktor praktikal tgok makcik sambut dari awal sampai jahit🥰

hehehe betul2.. saya pulak nk basuh berak anak pun xpandai mula2 tu..

Haa nak tambah sikit.. dr wad 6 ( wad menunggu untuk bersalin) bila dah rasa contraction dtg sikit2.. kalau larat mommies better kemas barang2.. sbb lepas beranak akan masuk wad bersalin..jd misi yang akan angkut barang kita guna stroller pasaraya ke wad bersalin kalau suami tiada di tempt yang berhampiran atau dah lewat malam .. bukan apa takut ada barang yang hilang atau tertinggal..

Alhamdulillah, nmpk mcm experience yg menyenangkan dan memudahkan. Dilayan baik dok2 dan nurse2 🫶🏻🤗 semoga bila sampai turn saya pun dpt lalui process ni dgn baik 🤣

In Shaa Allah semoga semua baik2 aje.. amin 😊

9/10 sama tarikh dgn ank first, tahun je beza 🥰

Moga anaknya membesar dengan sihat dan berjaya di dunia dan akhirat amin 💐

Nak tanya,dalam beg baby perlu sediakan keperluan mandian ke?

Bagi saya tak perlu.. kalau saya baby memang xmandi pun dekat wad.. kami masuk wad 9 malam.. esoknya ptg anak saya kne tahan wad untuk kuning dan mak discharge.. memang xlarat nk bangun mandikan anak dan kemudhan yang ada macam xsesuai untuk mandikan anak.. balik dr hsptal baru mandikan anak..

Awak kerja kerajaan ke? Sy nak wad 6 mesti x dpt. Hmm

aah ye tp kawan2 wad hari tu bukan semua pun kerja kerajaan ada juga foreigner…

TapFluencer

Baju baby lengan panjang ke ropper ya

saya bg misi baju lengan panjang.. baju je..

👍

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan